Saturday, October 1, 2011

Hajiman Chicken Rice Shop. Bernafas Semula...

Assalamualaikum.

Bandar Tasik Puteri, Rawang. | 2.10.11 | Ahad | 1.32 Pagi

Aku rasa dah lama sangat aku tinggalkan blog ni, lebih dari empat bulan, selepas aku janji untuk membuat satu "comeback" untuk HCRS. Walaubagaimana pun, "Comeback" tu tetap aku buat. Namun, ianya tidak seindah seperti yang aku rancang....bunyi macam kecewakan ?

Ya, sangat kecewa, hasil dari "Comeback" yang aku buat dibulan Jun lalu. Satu kedai di Pasar Borong NSK, terpaksa ditutup. Korang boleh bayangkan tak ? Duit Habis, tapi hasil tak dapat. Negative! malahan satu kedai terpaksa dikorbankan kerana kehabisan dana.

Sangat terkilan kan? Rasa macam nak meraung satu pekan Rawang. Tapi, walaupun keputusanya negative, aku perlu positif. Positif dalam merencana strategi baru. Mungkin apa yang aku lakukan sebelum ini tidak betul, atau memang Allah masih nak aku terus berusaha. dan terus berusaha.

Dalam aku memotivasikan diri aku, ada dua perkara yang aku pegang. Satu. Walau apa pun yang aku rancang, dan sebaik/hebat mana pun perangcangan itu, aku yakin dan percaya yang Allah juga merancang sesuatu untuk aku, dan sebaik baik perangcangan itu pastinya dari Allah. Yang kedua. Aku juga percaya (jarang) rezeki datang bergolek. Jadi aku kena usaha lebih untuk itu. Untuk dapat rezeki yang barakah bukan senang. Betul tak ?

Bulan ini, adalah bulan ke dua belas perniagaan HCRS. maksudnya hujung bulan ni, genaplah setahun perniagaan HCRS. Pejam celik pejam celik setahun dah kan ? Itulah barakahnya.....

Dalam setahun ini, banyak yang aku belajar, aku akan gunakan pengalaman ini untuk aku bangun di tahun yang kedua. Banyak kesalahan dalam keputusan yang aku ambik. Salah bukan bermaksud aku buat keputusan membuta tuli, tapi lebih kepada kurang tepat atau tidak kena tempat atau bukan masanya lagi, sesuatu perkara yang aku lakukan itu. Pendek kata, Perkara itu betul, tapi bukan masanya.

Satu pelan perancangan telah diatur sempena setahun perniagaan HCRS. Perkara ni akan aku detailkan pada tulisan akan datang.

Untuk kali ini, aku akhiri disi...dengan ucapan...Selamat Menyambut Hari Raya.

Jumpa lagi...

Wassalam.