Kenapa tak jana income affiliate?
Ada juga yang dah bertahun-tahun praktik, tapi tiada hasil. Apabila saya kaji dengan detail, iaitu berkenaan mereka yang baru belajar affiliate terus dapat hasil, inilah jawapannya. Di sini, saya list kan sebab-sebab utama kenapa mereka gagal dalam pemasaran affiliate.
Sebenarnya, kegagalan mereka disebabkan beberapa sebab utama. Walaupun sebab kegagalan ini nampak remeh, tapi ramai yang mengabaikannya. Inilah punca mereka sering gagal menjana komisyen dalam affiliate.
Apakah sebab-sebab utama tersebut?
1. Mereka mengharapkan pulangan dengan segera.
=============================================
Ramai yang melakukan pemasaran affiliate ini mengharapkan komisyen segera hasil promosi mereka. Disebabkan tamak, mereka tidak merancang sebelum memulakan promosi affiliate. Mereka tanpa berfikir panjang, terus saja mempromosikan produk affiliate yang disertai. Hasilnya, promosi mereka kelihatan seperti SPAM tanpa mereka sedarinya. Anda boleh lihat hasil-hasil promosi mereka melalui email. Sering saja mereka mereka hantar promosi affiliate melalui “forward email” , “bundle email” dan juga di SPAM box. Mereka tak sabar nak dapat pulangan segera dengan usaha promosi mereka. Disangkakan mereka boleh jana komisen dengan mudah hasil usaha seperti itu.
2. Mereka memilih program affiliate yang salah
========================================
Ya, mereka gagal jana komisen disebabkan memilih program affiliate yang salah.
Kebanyakan mereka dilihat sering sertai program affiliate yang menjanjikan pulangan segera dengan mudah, tiada detail berkenaan penganjur program affiliate, harga produk yang tidak sesuai, penganjur affiliate yang kurang dikenali dan banyak lagi kecacatan pada program affiliate yang disertai. Anda perlu ingat, usah tertipu dengan program-program affiliate yang anda sertai yang mana ianya boleh mendatangkan risiko komisen anda tidak dibayar, lewat dibayar, produk tidak diberi kepada pembeli dan lain-lain.
Sebenarnya, anda boleh dengan mudah untuk mengenali program-program affiliate yang dipercayai. Antaranya, melalui program affiliate yang diperkenalkan oleh Usahawan Internet yang ada nama dan juga dipercayai. Sebagai contoh, jika Zamri Nanyan (IM terkenal) promosikan sesuatu produk yang miliki program affiliate, anda boleh sertainya. Sudah pasti, komisen dibayar kepada agen-agen affiliate sekiranya mereka berjaya membuat jualan.
Atau anda boleh sertai mana-mana program affiliate yang ramai disertai oleh ahli forum Wangcyber.com, carigold.com dan lain-lain. Biasanya, di forum wangcyber.com lah terdapat banyak program-program affiliate yang dianjurkan.
3. Mereka tidak kaji potensi program affiliate yang disertai
=====================================================
Inilah kegagalan utama dalam pemasaran affiliate. Mereka tidak tahu apa yang mereka promosikan. Apabila ditanya oleh prospek, mereka tidak dapat menerangkannya dengan lebih lanjut. Terutamanya jika promosi dilakukan melalui forum atau blog. Untuk menjayakan promosi affiliate sesuatu produk, sebaiknya mereka ketahui atau mencuba produk tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda promosikan sesuatu ebook, anda perlu tahu apa isi kandungan ebook tersebut dahulu.
Anda perlu tahu bagaimanakah produk yang anda ingin promosikan dapat membantu prospek menyelesaikan masalah mereka. Ingat! Prospek akan membeli sekiranya produk yang anda promosikan benar-benar dapat selesaikan masalah mereka. Dan sudah tentu mereka akan berterima kasih kepada anda kerana memperkenalkan produk tersebut kepada mereka. Selain itu, mereka juga tidak mengkaji atau membaca surat jualan (sales letter) bagi produk affiliate yang dipromosikan.
Tahukah anda, sebagai agen affiliate, kerja anda menarik trafik kepada laman web yang anda promosikan. Sekiranya anda berjaya menarik banyak trafik sekalipun, tapi surat jualan web jualan tidak memikat, anda melakukan kerja yang sia-sia. Oleh itu, sebelum mulakan usaha promosi anda, pastikan sales letter web jualan adalah berpengaruh untuk menarik perhatian dan juga mampu membuatkan pembaca ingin membeli.
4. Mereka tidak FOKUS pada teknik promosi yang digunakan
=================================================
Mungkin mereka ada 1001 satu cara promosi. Akan tetapi bukan semuanya berkesan.
Dengan melakukan pelbagai teknik promosi, mereka tidak dapat fokus akan teknik-teknik atau strategi yang benar-benar berkesan. Bukan tak boleh lakukan banyak cara promosi, tapi sebaiknya anda fokus dengan satu-satu teknik terlebih dahulu. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu mepromosikan sesuatu produk affiliate melalui email, anda perlu tahu strategi terbaik untuk lakukannya.
Anda perlu tahu bagaimana menulis tajuk email yang mempengaruhi penerima email untuk membukanya, struktur ayatnya, tawarannya, ayat tindakannya, dan lain-lain. Dan anda perlu gunakan segala peluang yang ada pada sistem email yang and gunakan dalam promosi.
Contohnya, dalam promosi melalui email, anda boleh gunakan fungsi seperti vacation responder, signature email, chat status, buzz dan lain-lain untuk melengkapkan usaha promosi anda. Sesudah selesai melakukan promosi melaui satu-satu teknik, tidak mengapa untuk anda beralih kepada cara promosi yang lain pula.
Dan pastikan anda fokus untuk hasilkan yang terbaik bagi setiap promosi tersebut. Yang penting, ambil masa untuk merancang dalam satu-satu teknik promosi yang anda gunakan supaya hasil yang terbaik dapat dikecapi.
5. Mereka tidak melakukan usaha yang tidak berterusan
===================================================
Ramai agen affiliate tidak melakukan usaha promosi berterusan selepas melakukan satu-satu promosi. Lebih-lebih lagi jika usaha promosi yang dilakukan sebelum ini gagal menghasilkan jualan. Apabila gagal, mereka lemah semangat dan tidak meneruskan promosi. Untuk berjaya dalam menjana komisyen dengan affiliate, anda perlu lakukan promosi, promosi dan promosi. Tanpa promosi berterusan, adalah mustahil untuk anda berjaya.
Sebagai agen affiliate, promosi adalah tugasan utama yang perlu anda lakukan dan perlu dilakukan secara berterusan. Sebab kegagalan utama orang baru adalah gagal untuk melakukan usaha promosi yang berterusan. Biasanya, mereka mudah give up apabila gagal. Tahukah anda, bagaimana affiliater-affiliater hebat mencapai kejayaan? Rahsianya, mereka melakukan usaha promosi yang berterusan. Gagal, mereka cuba lagi, cuba dan cuba lagi. Akan tetapi usah diulangi kegagalan yang serupa. Mereka akan memperbaiki segala kelemahan dalam usaha promosi yang dilakukan sebelum ini. Jika lakukan kesilapan yang serupa, memang tiada hasil la. Itulah hasilnya bagaimana mereka menjadi affiliater-affiliater yang terhebat. Jadi, cuba contohi usaha mereka. Usah mencari alasan kerana kegagalan, tapi cuba cari kesilapan kerana kegagalan.
Teknik promosi yang mana yang terbaik?
Memang terdapat banyak teknik promosi yang boleh digunakan dalam affiliate. Anda boleh menggunakan email autoresponder, forum, facebook, SEO, iklan banner, blogging dan lain-lain. Tapi saya amat tekankan sebagai orang baru dalam affiliate, sebaiknya anda terus menggunakan teknik promosi paling efektif iaitu pemasaran email. FAKTA: Lebih 70% hasil promosi adalah daripada pemasaran email. Tapi, ianya bukan semudah yang disangka.
Mempromosi melalui email, anda perlu tahu cara yang sebenarnya.
Pertama, anda perlu bina landing page untuk mengumpul senarai email. Kemudian, anda perlu tahu bagaimana mempromosikan landing page ini untuk mengumpul senarai email.
Ada cara cepat dan ada cara lambat untuk mengumpul senarai email ini. Cara cepat – dengan menganjurkan program PPL. Biar orang lain kumpulkan email untuk anda. Anda hanya perlu sediakan laman web PPL, modal untuk bayar komisen PPL dan juga pemberian percuma buat subscriber. Dan anda juga boleh mengumpulkan senarai email dengan teknik landing page yang anda sendiri promosikan. Bagi pembeli ebook Rahsia Affiliate Kerajaan, saya ada sediakan panduan langkah demi langkah bagaimana membina landing page dan mengumpul senarai email beserta penggunaan autoresponder.
Secara jujurnya, saya katakan teknik pemasaran email autoresponder ini memang memerlukan modal. Anda boleh bermula serendah RM50. Iaitu dengan langganan sistem autoresponder, domain dan hosting. Template-template landing page biasanya anda boleh dapatkannya secara percuma saja.
Akan tetapi, jika anda rasakan anda memang tidak memiliki modal untuk menggunakan email autoresponder, anda boleh teruskan dengan cara promosi percuma seperti di facebook, forum, blog dan lain-lain. Sebab itulah saya katakan affiliate ini boleh dilakukan dengan tanpa modal. Orang kata mustahil, tapi itulah kebenarannya. Baru-baru ini, ramai peserta bengkel affiliate saya menggunakan teknik promosi percuma ini untuk mempromosikan ebook Peperiksaan Bertulis Gred 41 . Lebih RM120 beliau perolehi dalam masa semingga dengan teknik percuma ini saja. Saya suruh beliau menggunakan teknik promosi percuma ini kerana ianya berkesan dan di samping itu, saya suruh juga beliau mempromosikan landing page itu bagi tujuan mengumpul senarai email. Mengumpul senarai email ini memang memerlukan masa sedikit sebelum ianya membahkan hasil. Jadi, jangan abaikan teknik-teknik promosi lain yang pastinya mendatangkan income buat anda.
Sekian perkongsian dari saya..
Penulis – Jamaluddin Bahari yang juga dikenali sebagai JaMaL dalam dunia pemasaran internet tempatan telah berkecimpung dalam bidang pemasaran affiliate sejak Jan 2009. Beliau telah menjana income 5 angka dengan pemasaran affiliate ini. Dan affiliate juga menymbang pendapatan
4 – 5 angka setiap bulan kepada beliau. Beliau juga telah menghasilkan beberapa produk berkenaan pemasaran internet di Malaysia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Terbaru, beliau berkongsikan teknik-teknik pemasaran affiliate terhebatnya yang dipanggil Teknik Gerilla
Marketing di link ini http://tinyurl.com/affiliategerilla
Wednesday, January 5, 2011
Saturday, January 1, 2011
60 Hari Perniagaan Hajiman Chicken Rice Shop.
Hai, Sebelum aku menaip lebih panjang, ada baiknya aku ucapakan kepada pelanggan HCRS semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Berkurang lagi setahun umur kita kan? Makin tua bermakna makin dekat kita dengan Allah. So, harap harap tahun baru ini akan lebih mendekatkan kita pada maha pecipta. Insyaalah, Semoga Berjaya!
Okeylah! Aku rasa dah lama sangat aku tak update cerita pasal Hajiman Chicken Rice Shop, Nasi Ayam yang sedap di pekan rawang tu.
Hari ni genap 60 hari, nasi ayam yang sedap ni beroperasi di pekan rawang. Rasa sekejab jer...dah 60 hari, banyak benda yang masih dalam perangcangan. Namun segalanya berjalan seperti yang dirancang.Allahmdilillah.
Di Hajiman Chocken Rice Shop pekan rawang sekarang ni, kami sudah menambah dua menu baru, iaitu air buah dan laksa. Laksa resepi cara utara yang pastinya menjadikan sesiapa sahaja akan terliur bila melihatnya...tak percaya? Cubalah sendiri....
Alhamdulilah, penambahan dua menu baru ini memberi sambutan yang amat menggalakan, so far jika yang sekadar ingin makan makanan yang ringan, dia boleh menjamu selera dengan laksa, atau air buah yang dihidangkan dalam cawan besar. sanga enak, rasa buah sejati dari taman. Mai la coba!
Jualan nasi ayam yang sedap ini semakin hari semakin meningkat, alhamdulillah, kami telah berjaya menjual sekurang kurangnya 15 ekor ayam sehari untuk dua cawangan HCRS di rawang dan Bandar Tasik Puteri.
Walaupun di Tasik Puteri sambutan agak kurang ( 5 ekor sehari ) tetapi ia danggap "laku" kerana terlalu banyak gerai nasi ayam di sana. Sekurang kurangnya 3 atau 4 buah gerai nasi ayam di sekitar kedai HCRS. Ini tidak termasuk kedai nasi campor dan Cafe. Terlalu banyak persaing, namun kami masih lagi dilandasan yang tepat.Insyaalah.
Tahun 2011, pastinya akan menjadi satu landasan baru untuk HCRS menongkah arus dalam gelora ekonomi yang agak mencabar. Harga barang mentah yang meningkat naik mendadak,menjadikan kami serba salah untuk menaikkan harga nasi ayam.Harga barang mentah yang tidak menentu,terutama ayam yang pasaran nya tidak menentu. ia membuatkan kami menanggung rugi. Namun siapa kami untuk menghalang peniaga besar...kami hanya mentimun, di golek kena, menggolek pun kena....Berserah jer la pada yang esa, kerana dia yang mengatur semuanya.
Kini kami dalam perangcangan untuk membuka cawangan baru, atau menaik taraf kedai yang sedia ada. Ia masih dalam perangcangan, dan semua ini amat bergantung pada modal, jika modal yang kami dapat besar, maka kami bercadang untuk membukan caewangan baru, tapi jika modalnya kecil, memadai dengan menambahbaikkan kedai yang sedia ada. Mana pun kami akan cuba lakukan yang terbaik untu peara pelanggan kami.
Aku rasa cukup setakat ini tulisan aku untu kali ini. Insyaalah aku akan kembali lagi dengan tulisan atau tip tip yang menarik lagi. semuanya adalah berkenaan bisnes. Insyaalah.
P/S : dah beberapa hari aku tak disambungkan dengan internet. Ini semua disebabkan oleh labtop aku yang ada masaalah teknikal. Adus! Nak yang baru la ni,heheh.

Subscribe to:
Comments (Atom)