Hai, Sebelum aku menaip lebih panjang, ada baiknya aku ucapakan kepada pelanggan HCRS semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Berkurang lagi setahun umur kita kan? Makin tua bermakna makin dekat kita dengan Allah. So, harap harap tahun baru ini akan lebih mendekatkan kita pada maha pecipta. Insyaalah, Semoga Berjaya!
Okeylah! Aku rasa dah lama sangat aku tak update cerita pasal Hajiman Chicken Rice Shop, Nasi Ayam yang sedap di pekan rawang tu.
Hari ni genap 60 hari, nasi ayam yang sedap ni beroperasi di pekan rawang. Rasa sekejab jer...dah 60 hari, banyak benda yang masih dalam perangcangan. Namun segalanya berjalan seperti yang dirancang.Allahmdilillah.
Di Hajiman Chocken Rice Shop pekan rawang sekarang ni, kami sudah menambah dua menu baru, iaitu air buah dan laksa. Laksa resepi cara utara yang pastinya menjadikan sesiapa sahaja akan terliur bila melihatnya...tak percaya? Cubalah sendiri....
Alhamdulilah, penambahan dua menu baru ini memberi sambutan yang amat menggalakan, so far jika yang sekadar ingin makan makanan yang ringan, dia boleh menjamu selera dengan laksa, atau air buah yang dihidangkan dalam cawan besar. sanga enak, rasa buah sejati dari taman. Mai la coba!
Jualan nasi ayam yang sedap ini semakin hari semakin meningkat, alhamdulillah, kami telah berjaya menjual sekurang kurangnya 15 ekor ayam sehari untuk dua cawangan HCRS di rawang dan Bandar Tasik Puteri.
Walaupun di Tasik Puteri sambutan agak kurang ( 5 ekor sehari ) tetapi ia danggap "laku" kerana terlalu banyak gerai nasi ayam di sana. Sekurang kurangnya 3 atau 4 buah gerai nasi ayam di sekitar kedai HCRS. Ini tidak termasuk kedai nasi campor dan Cafe. Terlalu banyak persaing, namun kami masih lagi dilandasan yang tepat.Insyaalah.
Tahun 2011, pastinya akan menjadi satu landasan baru untuk HCRS menongkah arus dalam gelora ekonomi yang agak mencabar. Harga barang mentah yang meningkat naik mendadak,menjadikan kami serba salah untuk menaikkan harga nasi ayam.Harga barang mentah yang tidak menentu,terutama ayam yang pasaran nya tidak menentu. ia membuatkan kami menanggung rugi. Namun siapa kami untuk menghalang peniaga besar...kami hanya mentimun, di golek kena, menggolek pun kena....Berserah jer la pada yang esa, kerana dia yang mengatur semuanya.
Kini kami dalam perangcangan untuk membuka cawangan baru, atau menaik taraf kedai yang sedia ada. Ia masih dalam perangcangan, dan semua ini amat bergantung pada modal, jika modal yang kami dapat besar, maka kami bercadang untuk membukan caewangan baru, tapi jika modalnya kecil, memadai dengan menambahbaikkan kedai yang sedia ada. Mana pun kami akan cuba lakukan yang terbaik untu peara pelanggan kami.
Aku rasa cukup setakat ini tulisan aku untu kali ini. Insyaalah aku akan kembali lagi dengan tulisan atau tip tip yang menarik lagi. semuanya adalah berkenaan bisnes. Insyaalah.
P/S : dah beberapa hari aku tak disambungkan dengan internet. Ini semua disebabkan oleh labtop aku yang ada masaalah teknikal. Adus! Nak yang baru la ni,heheh.
No comments:
Post a Comment