Thursday, April 28, 2011

TIP - TIP MASAKAN: MASAKAN KARI NASI KANDAR

Banyak e-mail diterima dari pengunjung blog. Ucapkan terima kasih kerana sudi mengunjung ke blog ini yang tak seberapa canggih. Peningkatan pengunjung hari sehari telah menyuntik semangat saya untuk terus bertulis. Sokongan anda amat perlukan penulis jalanan seperti saya yang baru. Saya sebenarnya tak berapa minat dalam komen yang disediakan kerana kadangkala ramai yang takut atau pun malu komen atau bertanya. Dengan sebab inilah saya selalu tinggalkan e-mail setiap atikal atau resepi yang saya tulis. Blog ini janganlah anggap sebagai blog Resepi. Blog ini sebenarnya ingin mencungkil bakat-bakat anda untuk mahir dalam memasak dan bila mahir masak bolehlah menjadi seorang pengusaha Restoren atau katering atau pun sekurang-kurangnya boleh berniaga di Pasar Ramadhan tahun depan di tempat anda. Di bawah ini adalah e-mail-email yang terpilih yang banyak tanyakan masalah masakan nasi kandar:

Daripada: Basir Harun,

Assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pendedahan resepi nasi kandar yang menjadi rahsia kedai mamak. Saya sudah cuba masak mengikut resepi yang disediakan.cKejayaannya dalam lingkungan 60%. Kira ok juga la. Saya akan cuba lagi. Masalahnya bila saya buat kari ayam rasanya kurang manis dan kurang menyentap(bau dan rasa yang mengiurkan ) . Sekian.Terima kasih.

Jawapan:

Mualaikum Salam Saudara Basir Harun,

Kari ayam atau pun apa juga masakan kari, wanginya atau pun kesedapannya bergantung kepada kualiti bahan rempah dan cara adunan rempah. Rempah ayam yang tersedia ada di pasaran seperti Baba’s atau Alagapa’s adalah adunan rempah disediakan untuk umum. Seperti baba’s mereka tumpukkan rempah kepada sasaran pengguna Melayu yang mahu rasa rempah berperisa dan pedas kurang sedikit, Jenama Alagapa’s pula mensasarkan pelangan orang India yang inginkan rempah kasar sedikit dan pedas dan berwarna merah. Maka secara am kita sukar menentukan cita-rasa induvidu. Dalam perniagaan kami, selalunya tidak mementingkan kepada jenama kerana kita sebagai tukang masak perlu tentukan apa yang kurang dan perlu tambah dalam rempah tersedia ada itu. Rempah giling tidak digunakan lagi kerana masalah masa dan tenaga buruh. Jenama yang terdapat dalam pasaran telah dikaji dan diselidik oleh empunya syarikat untuk cita rasa umum maka ia lebih sesuai digunakan oleh peniaga dari rempah yang digiling untuk rasa induvidu.

Masalah kari yang tidak wangi ialah masalah campuran rempah yang digunakan. Rempah Baba’s adalah terbaik dalam pasaran sekarang (hehehe Mamak bukan bodek Baba’s tapi dari segi kegunaan). Walau pun mahal tetapi ia punyai cita rasa yg baik. Apa yang Mamak haji cadangkan, saudara perlu menambah satu sudu kecil serbuk cili, 1/2 sudu kecil Jintan manis, 1/2 sudu kecil jintan putih dan tambah serbuk kas-kas setengah sudu kecil dan 100gm (kurang 1/2 packet 250gm rempah baba’s kari daging) untuk seekor ayam sederhana besar 1.6 – 1.8 Kg. Gunakan santan sedikit untuk kelikatan tetapi jangan banyak ia akan pecah minyak. Buah keras yang telah dikisar juga boleh digunakan. Masalah kegunaan buah keras ialah kari saudara tidak tahan lama dan mula berbuih selepas 6 jam. Nasihat saya jangan gunakan terlampau bayak rempah ia akan menjadi kari pahit sedikit. Gunakan gula pasir sedikit kalau saudara takut gunakan MSG. MSG adalah tidak baik kalau dididihkan untuk kesihatan. Kuantiti kuah kari ayam adalah kisaran / blender bawang besar. Pengunaan bawang besar ( ini kari Mamak bukan India Selatan!) tidak melebihi kerana ia juga akan pahitkan kari anda . Bagi Mamak haji pengalaman amat mustahak untuk membuat kari yang terbaik. Buat kuantiti kecil dan cuba dan mencuba…penilaian pengunaan bahan resipi akan terpancar sendiri. Ilham adalah kurnia Allah s.w.t maka tak perlu khuatir kalau hidangan itu dibuat dengan Ikhlas untuk memberi pada pelanggan atau pun ahli keluarga. Ingat pesanan Mamak haji dalam masakan kesedapan adalah bergantung pada bahan yang Halal dan bersih, keikhlasan hati, dan pertimbangan (ilham). Maka sedaplah menu masakan apa pun. Mamak Haji sebenarnya ingin membantu orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan makanan yang terbentang luas ini untuk mencuba. Insyallah kalau ada kelapangan kita akan cuba buat kursus yang saudara minta ini tanpa sebarang bayaran. Kita buat kenduri, dgn belajar masak , dan kita makan bersama insyallah. Mamak Haji akan hubungi saudara nanti. Keep in touch. Wassalam.

CARA MENGENAL TELUR AYAM TIRUAN

Di Pulau Pinang cerita telur ayam tiruan ini menjadik topik panas di restoren dan kedai makan. Ramai pengusaha kedai makan ramai yang merungut menu masakan telur tidak lagi dapat sambutan sejak keluar berita telur tiruan ini di media utamma. Kisah telur tiruan bukan cerita baru. Sejak tahun 2009 cerita telur tiruan telah menjadi topik hangat di negara Cina dan negara Singapura. Mamak dengar cerita ini dari pengusaha restoren Cina di Pulau Pinang pada tahun 2008. Pada mulanya Mamak tak percaya dengan cerita ini, mana boleh buat telur palsu?. Tetapi pada tahun lepas mamak sendiri terbeli telur tiruan ini. Tapi sekiranya kita lapurkan, kita bukannya orang terpengaruh dan pihak berkuasa bolh layan orng macam kita ini. Kemungkinan Hamba Allah yang lapurkan tentang telur tiruan ini punyai pengaruh, sebab itulah benda ini jalan. Anda datanglah ke Pulau Pinang, banyak barang tiruan yang dijual dan diedarkan dalam pasaran terbuka seperti, beg, kasut, pakaian, minyak masak, minyak wangi, minyak petrol yang dicampur aduk denga minyak tanah, kandungan gas masak ditipu dalam tong gas masak yang telah sedut keluar. Harga botol gas masak ikut kerajaan tapi berat gas?, sabun basuh yang tiruan, ayam, ikan yang dicelup bahan pengawit mayat.sampai ayam itu langsung tak rosak berbelas jam dipamirkan tanpa penyejuk beku, sayur yang guna bahan racun serangga yang berlebihan, jadikan bahan pewarna daging yang mcm segar bugar. Apa yang tak ada tiruan?…di Pulau Pinang ini bini tiruan pun ramai tanpa kawalan surat nikah yang sah. Mamak pun tak faham kenapa manusia jadi begini rupa sekarang?. Di mana fungsi dan penguatkuasaan Jabatan-Jabatan berkenaan yang mengawal bahan makanan ttiruan ini?. Bukankah mereka dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat?. Kerajaan itu bukan kepada rakayat dan untuk rakyat?. Cuab hantar e-mail rungutan ini kepada Jabatan-Jabatan yang berkenaan bertuah kalau dapat jawapan. Buang masa saja. Nasib baik CAP ada di Pulau Pinang yang terajui oleh mamak-mamak Penang ini yang aktif sedikit dalam hal-hal keselamatan permakanan. Lama kelamaan kita akan hasilkan satu generasi yang akan datang penuh dengan masalah kesihatan kronik. Yang paling kita sibuk ialah Halal dan Haram. Halal itu skop yang luas dalam perpektif permakanan Islam bukan sembelih saja tetapi ia merangkumi keselurahan dari penghasilan di ladang sehingga sampai ke dalam mulut orang muslimin. Muslimin yang sihat akan menghasilkan Ummah yang sihat. Betapa pentingnya tanggung jawab ini kepada seorang muslim.

AL-KISAH TELUR AYAM TIRUAN:

Kulit luar telur ayam tiruan ini diperbuat daripada bahan kimia Kalsium Karbonat. Kuning telur dan putih telur pula diperbuat dari sebatian sodium alum, gelatin, garam makan, dan pewarna tiruan. Cara pembuatan telur tiruan ini, masukkan sodium algi dalam air suam dan campurkanbahan kimia lain untuk membentukan seperti putih telur. Kemudian campurkan gelatin dengan asid benzoic untuk menjadikan putih telur seperti putih telur ori. Kuning telur pula dibentuk dengan campurkan perwarna kuning. Dengan menggunakan garam makan bentukan seperti telur dengan menggunakan acuan telur untuk hasilkan membrane telur. Kulit telur pula diperbuat daripada wax lilin, serbuk gypsum dan kalsium bicarbonate.

BAGAIMANA MENGENALI TELUR TIRUAN?:

  1. Pegang telur dan rasa kelicinan kulit telur. Permukaan kulit telur tiruan agak kasar.
  2. Apabila kita pecahkan telur tiruan ini dan masukan dalam bekas, putih telur dan kuning akan bercantum disebabkan tindak balas udara ke atas bahan kimia telur tiruan.
  3. Kulit luar telur tiruan ini lebih berkilat dari telur ayam yang asli. Sukar untuk dibezakan ini sekiranya kualiti telur tirun baik.
  4. Apabila telur tiruan digoncang, telur tiruan akan menghasil bunyi kocakan dalam telur seperti telur busuk.
  5. Bila kita menghidu bau telur biasa ia seakan berbau daging ayam yang mentah tetapi telur tiruan tidak akan hasilkan sebarang bau.
  6. Bila menjentik kulit telur asli dengan kuku jari, ia kan bunyi seperti rangup. Kulit Telur Tiruan yang diperbuat dari wax tidak punyai bunyi ini.
  7. Bila goreng mata lembu (kerbau) kuning telur mudah pecah dan putih telur pula mengeluar bunyi meletop dan menghasilkan lompangan udara yang banyak.

Telur tiruan tidak punyai sebarang zat untuk tubuh badan manusia. Tetapi bahan kimia yang digunakan untuk pembuatan tanpa kawalan seperti benzoic acid dan Allum akan memudaratkan kesihatan seperti kerosakan pada hati atau sistem saraf. Pengedaran telur tiruan sukar dibendung kerana pembuatan besar-besaran barang tiruan ini selalunya berlaku di negara jiran. Seperti semua orang tahu, apabila harga sesuatu barang dinaikan dengan sewenang-wenang barangan tiruan yang murah akan mengambil alih pasaran. Ia sama seperti jualan rokok. Persatuan Pengedar telur ayam selama ini hanya bermesyuarat untuk kenaikan harga telur perlu ambil langkah proaktif seperti menurunkan harga telur dibawah par untuk mengekang gejala telur tiruan jika tidak industri telur akan mengalami pukulan hebat dari pengguna dan pengemar telur ayam akan berhenti dari makan telur ayam. Mamak cuma boleh nasihat, sementara waktu ini berhenti dari makan telur ayam sehingga Persatuan Pengeluar Telur turunkan harga telur dan langkah membendung telur tiruan ini. Kepada penjual telur tiruan janganlah lakukan perkara begini kerana anda atau keluarga anda juga akan termakan telur tiruan ini. Kerajaan patutnya kenakan tindakan maksima kepada penjual-penjual telur tiruan yang laknat ini sebagai pengajaran kepada yang ingin cari untung untuk cepat kaya. Kepada CAP Mamak ucapkan terima kasih kerana bongkar isu ini walau sudah basi.

Telur ayam ini memang tak boleh sangkal salah satu makanan berkhasiat memberi nutrisi dan salah satu makanan yang dianggap sebagai makanan kesihatan yang terbaik untuk tubuh manusia tetapi telur juga ini juga akan memberi kesan sampingan seperti daging, ayam dan ikan sekiranya tidak dikendalikan betul dalam pengendalian dalam masakan. Telur yang segar dari ladang kemungkinan mengandungi bakteria bahaya yang bernama, “salmonella Entertidis” (SE) yang boleh menghasikan penyakit bersangkutan dengan makanan (Foodborne Ilness). Telur yang digunakan dalam masakan perlu digunakan dengan cara yang betul. Bagaimana bakteria “salmonella” dijangkiti dalam telur?. Bakteria ini selalunya terdapat diluar kulit telur kerana telur yang dikeluarkan oleh ayam ialah sama dengan saluran yang sama dengan keluarnya najis ayam. Dengan sebab inilah telur ayam perlu basuh dan dibersihkan dari sebarang kuman (sanitized) di ladang ternak telur sebelum diedarkan kepada penjual. Malangnya kebanyakan ladang proses telur ayam di negara ini, tidak lakukan pembasuhan menggunakan bahan pembunuh bakteria. Bakteria ini juga kemungkinan boleh terdapat di dalam atau luar telur. Ayam yang dijangkiti bakteria ini tidak akan memberi kesan kepada ayam tersebut. Bagi suri rumah yang menggunakan telur pastikan telur dibasuh sempurna sebelum digunakan. Pada pengemar yang cari ubat kuat yang dicampur telur mentah kampung awas. Tentukan telur mentah itu dicampur dengan madu asli untuk diminum mentah. Madu punyai nilai anti bakteria yang baik. Wassalam.


Sumber : http://balannambiar.wordpress.com


PERNIAGAAN KATERING: 10 SEBAB KENAPA RAMAI YANG GAGAL

“Jangan pedulikan berapa kali anda gagal dalam perniagaan. Jangan pedulikan berapa kali anda nyaris-nyaris berjaya. Tidak siapa yang akan tahu atau ambil peduli dengan kegagalan kita. Anda juga jangan pedulikan kegagalan dalam perniagaan. Setiap kali jatuh untuk bangun semula dengan kekuatan baru bukannya untuk tertiarap terus. Bangun dengan harapan baru yang kuat, supaya tidak mudah jatuh lagi. Apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya ialah belajar dari kesilapan lampau dan belajar dari orang telah berjaya. Perbetulkan diri anda untuk mencapai kejayaan bukan untuk gagal sekali lagi. Setelah anda berjaya semua orang di sekeliling anda pasti tahu kejayaan anda.”

1. SIKAP.

Ramai di antara kita lebih menonjolkan diri kita sebagai Katerer dan bukannya sebagai “ahli perniagaan” (business man). Sikap terbentuk apabila bingkai terbina dalam minda dan mengisi apa yang kita kehendaki. Bingkai atau Frame adalah mustahak untuk manusia mengubah sikap manusia. Sikap akan memperbetulkan kehidupan manusiasekiranya bingkai di isi dengan Ilmu yang betul. Berfikir sebagai “katerer” cuma akan membantutkan kejayaan anda untuk mengembangkan atau majukan perniagaan anda. Apabila anda berfikir sebagai ahli perniagaan, anda akan mula memikirkan bagaimana majukan perniagaan anda dengan perkara yang paling utama dalam sektor perniagaan. Faktor paling utama dalam perniagaan adalah strategi pemasaran, pengurusan kewangan dan lain-lain perkara dalam rancangan perniagaan anda. Sekiranya Faktor ini tidak diambil peduli perniagaan anda akan mula akan celaru dan gagal. Anda perlu membina perniagaan anda. Sekiranya anda lemah dalam cara-cara menguruskan perniagaan dengan cara betul, belajar dari kursus-kursus yang dianjurkan kementerian dan ajensi kerajaan untuk membantu golongan peniaga Melayu (itu pun kalau anda ada kabel yang baik). Cara yang baik ialah bergabung tenaga dengan orang yang mahir dan punyai skill dalam bidang perniagaan. Anda perlu mula berfikir sebagai ahli perniagaan!.

2. TERPERANGKAP DALAM KEADAAN MASA SILAM.

Maksud masa silam ialah mungkin anda punyai pengalaman 30 tahun menjadi katerer atau pun pemilik restoren dan anda cuma meneruskan perniagaan anda dengan cara anda lakukan berpandukan kepada pengalaman 30 tahun yang lepas. Pendekan cerita, anda tidak punyai Kreativiti, Innovatif dan daya reka cipta untuk menghadapi cabaran masa kini. Masalah berpandukan pengalaman (pradigma) seperti ini Mamak pernah melalui dengan Tukang Masak yang sudah berumur. Perkara seperti ini lagi parah sekiranya anda cuba kekalkan tukang masak atau pengurus bekas pemilik premis itu semasa proses ambil alih perniagaan. Tukang Masak seperti ini tak ambil pot, kenapa taukeh lama dia itu gulung tikar dan apa yang mereka tahu “taukeh lama tak betul ini dan itu saja”. Tetapi berkenaan kesilapan diri mereka itu yang tak betul tidak sedar. Ada saja alasan dan kerenah mereka ini sekiranya anda minta mereka mengubah menu atau pengurusan. Ada juga tkang Masak di kantin-kantin perusahan menu mereka tetap sama selagi syarikat katering tidak ubah. Ada juga pengurus kilang merungut , kalau katerer tak tukar menu, kita tukar saja katerer baru, habis cerita”. Maka setiap tahun kantin kilang terpaksa kelurkan tender baru untuk katere baru ambil alih. Maka katerer di kilang perusahan awas dengan tukang masak yang “sikap” begini. Apa yang anda perlu lakukan kalau tukang masak sedia ada tak mahu mengubah resepi anda tukar tukang masak yang lain.

Pemilik syarikat Katering pula janganlah terlalu bergantung sangat dengan cara berniaga dari pengalaman yang berpuluh tahun anda itu. Fikir perbesarkan perniagaan dengan idea yang terbaik untuk kejayaan anda. Inovasi adalah kualiti yang penting dalam perniagaan. Kebanyakan pemilik-pemilik yang berjaya ialah pemilik yang punyai daya kreatif dan inovatif yang tinggi. MacDoland berjaya bukan kerana kemahiran pemilik adik-beradik “MacDonald” tetapi pemikiran inovatif seorang jurujual peralatan yang sering berkunjung ke kedai MacDonald, Ray Kroc yang berumur 52 tahun. Ray Kroc ini berfikiran innovatif dan impikan perbesarkan perniagaannya setiap pelusuk dunia dengan cara kaedah “Francise”. Ray Kroc tak tahu buat “double Cheese burger” tapi punyai idea yang inovatif untuk mengembangkan perniagaan kepuncak yang tinggi. Bagaimana anda membolehkan anda menjadi seorang yang kreatif dan innovatif. Apa yang anda perlu lakukan ialah kunjung ke seminar-seminar dan “trade show” tentang makanan. Berapa ramai antara katerer yang pernah hadiri ke “Halal Hub Trade Show”, yang telah berlangsung di Kula Lumpur baru-baru ini?. Berapa ramai katerer yang ingin saji makanan halal untuk ahli sukan olimpik yang beragama Islam di negara bukan Islam?. Fikir dari sekarang.

3. TIADA SISTEM:

Menjadi seorang katerer bukan senang. Sentiasa sibuk dan saban hari perlu menghadapi pelbagai masalah dengan kegiatan harian yang cukup padat. Siapa yang tak sibuk seperti ini, dia bukan seorang katerer yang baik. Setiap pagi kesibukan bermula dengan urusan bank, memesan bekalan makanan, bayaran kepada vendor, menyelia tempat kerja, masalah teknikal dan berbagai-bagai masalah yang lain. Dalam kesibukan saban hari ini satu perkara yang paling mustahak anda telah lupa ialah, “Bagaimana anda perlu majukkan perniagaan Anda?”. “Bagaimana Anda Cari Pelangan Baru?”. “Bagaimana anda memuaskan hati pelangan yang sedia Ada?”. Untuk lakukan semua ini anda perlu ada “SISTEM”. Jadikan sistem ini sebagai pemangkin untuk kejayaan anda dalam perniagaan.

4. IMPIAN YANG TERSASAR:

Mamak kenali seorang katerer wanita yang punyai “impian” yang ingin menjadi kaya untuk pakai kereta BMW dan rumah dua tingkat. Setiap kali dia berjumpa dengan mamak dia akan cerita perkara ini…mahu cari duit banyak!. Memang dia seorang wanita yang sangat gigih, kerja kuat, keluar Rumah sebelum solat subuh dan balik rumah lepas waktu Isyak. Kerja 18 jam! 7 hari seminggu!. Akhirnya dia datang dgn BMW baru. Bukan mamak terkejut pasai BMW baru, tetapi terkejut tengokkan dia gemuk, katanya ada darah tinggi, rumah tangga jadi kacau-bilau, akhirnya retak jadi janda. Apa kita pelajari dari kisah wanita gigih ini, dia dapat apa yang di impikan selama ini tetapi impiannya membuatkan dia kehilangan apa yang telah ada padanya untuk megejar apa tiada. Impian yang betul amat perlu untuk kejayaan perniagaan tetapi ia perlu lebih utamakan demi keluarga anda dan kehidupan anda. Impian yang baik akan berpandukan dengan sistem sistem pentadbiran yang baik, seperti anda cuma perlu kerja 6 hari seminggu dan sehari untuk bersama keluarga yang sayang. Setahun sekali pergilah “cuti-cuti Malaysia”, dan bila tiba masanya untuk berehat, anda boleh jual rangkaian perniagaan anda untuk satu atau dua juta ringgit..bersyukur pada Illahi dan tumpukan pada beribadah dan cari bonus bekalan untuk akhirat. Inilah hidup sebenarnya sebagai seorang Muslimin. Jangan jadi papa didunia nanti iman pun ikut jadi papa kedana. Allah tak melarang kita tebar dan mencari rezeki yang halal tetapi kena beringat selalu, jangan impian kita tersasar!.

5. TIADA STRATEGI PERNIAGAAN.

Bila Mamak tanya kebanyakan pengurus pemasaran, ” apa itu strategi pemasaran?”, dengan pantas mereka jawab, ” iklan, “yellow page”, buat banner, buat pamplet, gunakan media cetak dan media elektronik dan mcm-mcm lagi. Sebenarnya yang disebutkan ialah mereka itu cuma “Taktik” bukan “Strategi”. Apa perbedzaan di antara strategi dan taktik?. Strategi yang betul akan menjadikan taktik berfungsi baik. Strategi yang betul akan mengurangkan tekanan kepada sebarang taktik dan mudah untuk anda menguruskannya.

Sekiranya anda pergi hentak kepala ke dinding kerana anda berasa kesal dan sesal kerana masih gagal untuk berjaya dalam perniagaan kerana kebodohan anda walau pun anda telah kerja keras untuk mencapai kejayaan tetapi seringkali gagal; ini bukan bermakna anda adalah seorang yang gagal, tetapi ia bermaksud anda telah memilih STRATEGI yang salah. Anda tak perlulah cari pakar-pakar untuk membetulkan strategi pemasaran anda. Ini adalah perniagaan anda dan anda yang lebih mengetahui kesilapan. Apa yang anda perlu mengetahui yang mana satu, strategi untuk “impian jangka pendek” dan “impian jangka panjang” untuk kejayaan total. Perancangan Perniagaan yang betul dan tepat boleh dicapai menerusi “visi yang besar” untuk kejayaan perniagaan anda.

6. KEPAKARAN DALAM JUALAN (SELLING SKILLS)

Adakah anda bosan untuk menjual produk katering anda kepada pelangan?. Kadang-kala cara ambil talipon tekan no. bakal pelanggan untuk memperkenalkan perkhidmatan katering anda amat membosankan. Bagaimana pula, bila berjumpa setiap kawan dan kenalan anda hulur kad nama dengan berkata, “This My card”?. Adakah anda juga bosan juga memberi senyuman palsu setiap kali berjumpa dengan pelanggan?. Mamak memang bosan dengan cara disebutkan di atas dan anda juga pasti bosan. Jangan lakukan perkara seperti ini. Apa yang diterangkan di atas bukanlah cara jualan profesional (profesional selling) – tetapi ramai yang lakukan perkara seperti ini. Jadi bagaimana memasarkan produk katering kepada bakal pelangan?. Untuk anda memasarkan produk katering anda dengan cara yang betul, pastikan produk anda, “telah dijual” (sold) kepada pembeli bukan membuang masa dengan pelangan yang belum dijual produk anda.

7. KAWALAN KEWANGAN:

Industri katering biasanya di minati oleh dari kalangan yang bukan dari bidang kewangan tetapi perlu ingat perniagaan katering tidak akan berjaya sekiranya, anda tidak punyai kefahaman dalam bidang kewangan terutamanya mengenai akaun perniagaan yang asas. Sekiranya anda tidak punyai sebarang kemahiran mengenainya tolonglah belajar. Kalau tak mampu dan tak masuk dalam otak, carilah seorang yang punyai kemahiran simpan kira-kira (book keeping) yang untuk part-time (separuh masa) untuk anda. Patuhlah arahan-arahan yang diberikan olehnya mengenai menguruskan kewangan syarikat anda. Jangan sekali abaikan dan ambil mudah mengenai kewangan syarikat anda.

8. PENGURUSAN PEKERJA:

Mungkin anda kenali atau sering dengar, ramai majikan yang membayar gaji dan layan pekerja mereka sangat buruk. Majikan seperti ini tidak menyukai dan tidak percaya kepada pekerjanya sendiri. Dalam perniagaan apabila anda tidk suka atau tidak percaya kepada pekerja anda sendiri keadaan ini akan berlaku sama di pihak pekerja juga. Sudah pasti pkerja itu juga tidak suka dan tidak percaya majikannya. Pekerja seperti ini selalu akan buat apa yang disuruh itu pun selalunya kena memerhatikan setiap gerak langkah mereka. Ingat!. pekerja adalah penting untuk kejayaan syarikat anda lebih dari pelangan anda. Cari pekerja yang terbaik, jaga mereka dengan baik dan bayar mereka dengan tinggi sedikit dari persaing anda. Pasti mereka juga akan menjaga pelangan anda seperti emas. Jangan terlalu tamak, bayar pasukan pekerja anda gaji yang baik dan sayrikat anda akan maju dan akan menjadi besar. Anda akan sentiasa gembira apabila lihat wajah-wajah pekerja anda yang riang, begitu juga dengan pelangan anda. (sila baca posting masalah pekerja dalam bidang katering di blog ini).

9. KELETIHAN DAN HAMPA

Dalam perniagaan katering, keletihan dan hampa kerap kali berlaku. Perkara ini akan gagalkan semua usaha anda untuk kejayaan. Kehampaan cepat berlaku dalam perniagaan katering apabila anda gagal lakukan terbaik untuk pelangan anda. Cemuhan dan sikap pelangan juga kadang-kala boleh menghampakan anda. Jaga sentiasa diri anda dan kesihatan anda. Jangan letak semua kerja, di atas bahu anda seorang saja. Agihkan kerja dengan bersistematik. Sebelum sesuatu pesanan dari pelangan, adakan mesyuarat bersama dengan pekerja anda untuk mengagihkan kerja. Keluarkan arahan tugas secara bertulis kepada pekerja anda. Amalkan sistem yang terbaik untuk menghindarkan kehampaan anda terhadap kejayaan perniagaan anda. Jangan pancit di tengah jalan.

10. ISLAM DAN PERNIAGAAN:

Orang berkata, “punca rezeki dari 10 itu 9 cabang ada dalam perniagaan. Allah s.w.t telah menyeru umatnya mengikuti dalam semua keadaan dan aspek kehidupan contoh yang mulia adalah Nabi Mohammad s.a.w. Nabi s.a.w sebelum diangkat kerasulanya adalah seorang pedagang yang paling amanah dan jujur sehingga Siti Khadijah r.a yang kaya-raya dan berpengaruh jadikan Rasulullah s.a.w sebagai suaminya kerana kejujuran dan kebijaksanaan Rasullulah s.a.w sebagai pedagang atau pun bahasa sekarang digelar “business man”. Orang Islam di zaman kegemilangan Islam telah menjadi pedagang antara-bangsa yang paling dihormati dan disegani di dunia. Kejayaan pedagang Islam ini kerana mereka amat taat dan jadikan amalan cabang Ibadah (muamalat) dalam perniagaan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Maka setiap peniaga dalam apa juga bidang perniagaan, perlulah ikut lunas-lunas Islam. Tanpa keberkatan dan Keredahan Allah s.w.t betapa anda handal sekali pun dalam perniagaan; anda tetap akan gagal dalam kehidupan yang sebenar di dunia dan akhirat. Maka Ingatlah dan ikutlah segala suruhan Allah dan amalan kekasihnya Rasullullah s.a.w dalam setiap amalan dalam perniagaan. Banyak Mamak tulis tentang Penyediaan Makanan cara Islam dalam blog ini. Adab makan juga ada Mamak postingkan.

P/S: Mamak terus terang kata bukan pandai (yang pandai dan hebat itu cuma Allah s.w.t) dan ada-kala tulisan mamak tersasar, silap kesalahan ejaan dan juga ayat yang “carca marbah”, mungkin ia tidak memuaskan hati pembaca. Bahasa Malaysia Mamak ialah “O Level” tahun 60-an. Kini bahasa Melayu banyak berubah. Apa yang penting ialah isi tulisan bukannya gaya bahasa yang ditonjolkan. Sekiranya ada kemusykilan dan kurang faham tentang apa saja dari tulisan Mamak diblog ini, sila e-mail kat Mamak. Insyallah Mamak tetap membalas setiap e-mail pengunjung blog ini. Kalau ingin penerangan dalam Bahasa Inggeris lagi Mamak suka. Kelebihan blog ini ialah mamak ingin wujudkan silatulrahim sesama kita dan interaksi di antara penulis dan pembaca. Saudara-saudari tak perlu gunakan ruang komen. Mamak akan cuba beri penerangan setiap pengunjung blog ini. Tak perlulah risau tentang alamat e-mail anda; Mamak tidak gunakan blog ini sebagai sumber mencari rezeki. Rezeki dari Allah sudah memadai untuk Mamak (pahala dari allah yang dicari). Wassalam. Insyallah semoga anda diberkati dan permurahkan rezeki dari Allah s.w.t….aminn.

Sumber : http://balannambiar.wordpress.com
e-mail: mohd.roslan99@gmail.com

Wednesday, April 27, 2011

Kualiti Seorang Pemimpin atau Pengurus

Kualiti pemimpin ditentukan oleh :

1. Kebijaksanaan.
2. Kepercayaan diri.
3. Belas kasihan.
4. Keberanian.
5. Keteguhan.


Bila anda ingin menjadi seorang pengurus yang baik, anda perlu berfikir dan mempunyai tingkah laku seperti pengurus yang baik, dengan itu, dengan sendirinya anda akan mendapat title itu. Fikirkan...

Kemahiran Pengurusan :

1. Mmpunyai konsep-konsep berfikir.
2. Berani mengambil keputusan.
3. Boleh menganalisa keadaan.
4. Boleh bersosial.
5. Boleh bercakap dengan baik.
6. Faham dan tahu masaalah masaalah teknikal.

Seni menjadi seorang pengurus ialah dapat melakukan dan menyelesaikan sesuatu perkerjaan melalui orang lain. Ini bukan bermakna anda tidak buat kerja, tapi seni bagaimana anda mengagihkan kerja kerja tertentu kepada orang yang tepat.

5 Kelemahan pada setiap orang.
(Ini diambil dari kata kata orang indonesia,hehe)

1. Di saat sembarangan, mudah membunuhnya.
2. Di saat takut, mudah menangkapnya.
3. Di saat marah, mudah menghasutnya.
4. Di saat sensitif, mudah menjadikannya terhina.
5. Di saat emosional, mudah membuatnya gelisah.

Sumber dari : http://ladyuliana.blogspot.com

Bukan Senang Menjadi Pemimpin

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja.

Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu.

Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu.

Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda.

Tetapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tetapi Allah tukar peranan masing-masing.

Seolah-olah Allah berkata, "Hai Musa! Engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut." Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut.

Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, "Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja." Berjaya tak?

Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, "Kalau nak aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita."

Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu.

Nabi Musa tidak tahan, baginda tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan baginda sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, "Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita."

Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.

Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir membunuh seorang budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, baginda bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi baginda diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.

Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah.

Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.

Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat 'ulul azmi' adalah mereka yang paling sabar.

Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan.

Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sedikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sedikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.

Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat. Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu baginda layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati baginda tidak layak.

Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar dikelilingnya, pun tidak dapat gelaran 'Ulul Azmi'. Mengapa? Baginda sujud itu bukan memimpin. Baginda dengan tuhan saja. Dengan tuhan baginda rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah.

Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah baginda mendapat darjat 'Ulul Azmi'.

Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian.

Oleh itu, janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.

- Artikel iluvislam.com

Sunday, April 24, 2011

ADA idea tetapi TIADA modal

Masalah ini sering saya dengar. Mempunyai idea yang hebat, tetapi, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengimplementasikan idea tersebut.

Sebahagian daripada saya akan “kesian” apabila dengar masalah sebegini. Sebab, idea yang hebat sepatutnya diimplementasikan…

Sebahagian lagi daripada saya pula akan “kesian” pada insan tersebut oleh kerana memikirkan idea yang hebat memerlukan modal!

Sebenarnya, idea yang hebat tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Kebanyakan idea-idea hebat dipasaran pada hari ini dimulakan bukan menggunakan modal sendiri.

Idea yang hebat sudah pasti akan berjaya menarik dana dari pihak-pihak tertentu seperti:

  • sponsor
  • institusi kewangan
  • kerajaan
  • orang ramai.

Microsoft di mulakan tanpa menggunakan wang Bill Gates. Pada asalnya, Microsoft mendapat sponsor & funding oleh kerana ia adalah idea yang hebat.

Irfan Khairi Sdn Bhd di mulakan tanpa modal sendiri. Bermula dengan penulisan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (tidak menggunakan modal, hanya ilmu) dua tahun lalu, dan diterbitkan oleh syarikat lain. Keuntungan royalty digunakan untuk mengembangkan Irfan Khairi Sdn Bhd sehingga hari ini.

Betul… saya tidak gunakan pun wang simpanan saya- hanya menggunakan wang pusingan :)

Jadi, sekiranya anda mempunyai idea hebat, bukakan minda anda bahawa, idea yang hebat tidak memerlukan modal. Idea yang hebat, dapat MENARIK MODAL dengan sendiri!

Mulai hari ini, jangan jadikan modal sebagai alasan tidak mengimplementasikan idea kita. Lihat disekeliling dan bukakan fikiran bagamana untuk meneruskan idea anda.

ps: Kalau ada idea hebat tetapi, tidak berjaya menarik modal? Mungkin idea tersebut tidak hebat… takut-takut kita yang syok sendiri :)


Sumber : http://www.irfankhairi.com