Daripada: Basir Harun,
Assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pendedahan resepi nasi kandar yang menjadi rahsia kedai mamak. Saya sudah cuba masak mengikut resepi yang disediakan.cKejayaannya dalam lingkungan 60%. Kira ok juga la. Saya akan cuba lagi. Masalahnya bila saya buat kari ayam rasanya kurang manis dan kurang menyentap(bau dan rasa yang mengiurkan ) . Sekian.Terima kasih.
Jawapan:
Mualaikum Salam Saudara Basir Harun,
Kari ayam atau pun apa juga masakan kari, wanginya atau pun kesedapannya bergantung kepada kualiti bahan rempah dan cara adunan rempah. Rempah ayam yang tersedia ada di pasaran seperti Baba’s atau Alagapa’s adalah adunan rempah disediakan untuk umum. Seperti baba’s mereka tumpukkan rempah kepada sasaran pengguna Melayu yang mahu rasa rempah berperisa dan pedas kurang sedikit, Jenama Alagapa’s pula mensasarkan pelangan orang India yang inginkan rempah kasar sedikit dan pedas dan berwarna merah. Maka secara am kita sukar menentukan cita-rasa induvidu. Dalam perniagaan kami, selalunya tidak mementingkan kepada jenama kerana kita sebagai tukang masak perlu tentukan apa yang kurang dan perlu tambah dalam rempah tersedia ada itu. Rempah giling tidak digunakan lagi kerana masalah masa dan tenaga buruh. Jenama yang terdapat dalam pasaran telah dikaji dan diselidik oleh empunya syarikat untuk cita rasa umum maka ia lebih sesuai digunakan oleh peniaga dari rempah yang digiling untuk rasa induvidu.
Masalah kari yang tidak wangi ialah masalah campuran rempah yang digunakan. Rempah Baba’s adalah terbaik dalam pasaran sekarang (hehehe Mamak bukan bodek Baba’s tapi dari segi kegunaan). Walau pun mahal tetapi ia punyai cita rasa yg baik. Apa yang Mamak haji cadangkan, saudara perlu menambah satu sudu kecil serbuk cili, 1/2 sudu kecil Jintan manis, 1/2 sudu kecil jintan putih dan tambah serbuk kas-kas setengah sudu kecil dan 100gm (kurang 1/2 packet 250gm rempah baba’s kari daging) untuk seekor ayam sederhana besar 1.6 – 1.8 Kg. Gunakan santan sedikit untuk kelikatan tetapi jangan banyak ia akan pecah minyak. Buah keras yang telah dikisar juga boleh digunakan. Masalah kegunaan buah keras ialah kari saudara tidak tahan lama dan mula berbuih selepas 6 jam. Nasihat saya jangan gunakan terlampau bayak rempah ia akan menjadi kari pahit sedikit. Gunakan gula pasir sedikit kalau saudara takut gunakan MSG. MSG adalah tidak baik kalau dididihkan untuk kesihatan. Kuantiti kuah kari ayam adalah kisaran / blender bawang besar. Pengunaan bawang besar ( ini kari Mamak bukan India Selatan!) tidak melebihi kerana ia juga akan pahitkan kari anda . Bagi Mamak haji pengalaman amat mustahak untuk membuat kari yang terbaik. Buat kuantiti kecil dan cuba dan mencuba…penilaian pengunaan bahan resipi akan terpancar sendiri. Ilham adalah kurnia Allah s.w.t maka tak perlu khuatir kalau hidangan itu dibuat dengan Ikhlas untuk memberi pada pelanggan atau pun ahli keluarga. Ingat pesanan Mamak haji dalam masakan kesedapan adalah bergantung pada bahan yang Halal dan bersih, keikhlasan hati, dan pertimbangan (ilham). Maka sedaplah menu masakan apa pun. Mamak Haji sebenarnya ingin membantu orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan makanan yang terbentang luas ini untuk mencuba. Insyallah kalau ada kelapangan kita akan cuba buat kursus yang saudara minta ini tanpa sebarang bayaran. Kita buat kenduri, dgn belajar masak , dan kita makan bersama insyallah. Mamak Haji akan hubungi saudara nanti. Keep in touch. Wassalam.
No comments:
Post a Comment