Sunday, May 8, 2011

Harapan Ku. Adik Mohd Haji Man. - Founder HCRS.

May 9, 2011 | 11.55 am. Di Meja kerja. Seperti biasa aku akan duduk di meja kerja aku. Sambil memikirkan masaalah masaalah yang aku akan dan sedang hadapi. PC terpampang beberapa design yang aku kena buat.

Hajiman Chickenrice Shop sentiasa dihati. Masa depan aku ada disitu. Itu harus ku utamakan walaupun sekarang ini agak sukar. Ini adalah kerana kerja aku sebagai designer di Perodua sekarang ini menuntut komitmen yang sangat2 tinggi dari aku. Selain mendesign, aku juga ditugaskan sebagai photographer dan lain lain hal. Kerja sangat penat. Masa aku habis ke situ sahaja.

Malam pula menuntut komitmen aku pada keluarga. Adik Hafiz Ziqri yang semakin membesar, isteri aku yang sarat mengandungkan anak kedua kami, membuatkan malam ku penuh terisi. Aku ada sedikit masa jika anak lelaki aku tidor awal.

Itulah masa emas yang aku gunakan untuk aku membuat kerja2 part-time lain. Selain untuk Hajiman Chicken Rice Shop, aku juga sibuk membuat design untuk name card dan repair pc/labtop. Dua kerja ni menjamin income segera kepada aku. Kerja siap, duit masuk.

Aku bukanlah nak mengadu atau seakan akan tidak redha dengan keadaan ini, namun inilah kehidupan, jika tidak sibuk dan penat, hidup akan kosong. Semua yang aku harungi ini menyimpan seribu kemanisan. Kemanisan yang akan menjadi pemangkin kepada cita cita aku untuk menjadi seorang bisnesman yang terkenal suatu hari nanti. Insyaalah, semoga Allah akan tunjukkan jalan dan permudahkannya kepada aku. Amin Yara Bul Yaalamin.

Tak habis lagi, hari minggu aku, biasanya akan di sibukkan dengan xtvt xtvt lain seperti kelab Bolasepak Bandar Tasik Puteri, selain xtvt parti yang menjadi wadah perjuangan aku selama ini. Aku bangga untuk berkhidmad dengannya walaupun tiada bayaran yang aku dapat. Semua ini adalah untuk menuju ke jalan Allah. Semoga Allah akan merestui perjuangan aku ini. Amin.

Pelikkan, kenapa tetiba hari ni aku boleh meluahkan perasaan kat sini pulak. Bukan apa, just nak berkongsi sedikit perasaan yang aku alamai selama ini sehingga membuatkan blog aku ini yang suatu ketika dulu sangat popular dengan informasi dan ramai pengunjung yang meminati nasi ayam, tetapi kini makin malap kerana kekurangan informasi dan lambat update. Atas sebab dan alasan itu aku nekad sekali lagi untuk bangun, bangun untuk kembali sekali lagi melakukan comeback... Insyaalah...

Berbalik kepada Perniagaan Hajiman Chickenrice Shop, Rawang.

Hajiman Chickenrice Shop sekarang ni masih beroperasi seperti biasa di Pekan Rawang. Dekat ngan Mydin dan Bus Stop Rawang tu...

Setelah Enam bulan di pasaran dengan Branding baru dan nama baru, Hajiman Chickenrice Shop, nampak makin berkeyakinan. Kami mengekalkan 3 buah cawangan dengan satu mini restoran dan dua buah Kiosk.

Satu kiosk di Restoran Ali maju, belakang CIMB BANK, Pekan Rawang terpaksa ditutup atas alasan kos. Kos yang telalu tinggi amat membebankan kami. Akhirnya kami mengambil keputusan muktamad untuk tutup. Satu lagi di Up Town Bandar Country Home juga di tutup di sebabkan oleh tenaga kerja. Namun atas permintaan ramai, kami mungkin akan beroperasi semula dalam masa terdekat, Insyaalah.

Walaupun menghadapi persaingan pasaran di sekitar bandar rawang ini amat dasyat, kami berjaya mengekalkan momentem sebagai penyedia makanan nasi yang utama. Belbagai restoran dan makanan berasaskan ayam kini dibuka di sekitar rawang, namun ianya menjadi pesaing yang sihat kepada kami. Dengan adanya mereka ini, kami perlu lebih kraetif untuk bersaing.

Oleh kerana itu, satu tindakan secara kreatif akan dibuat menjelang Jun ini. kami akan membuat satu "comeback" yang akan mengejutkan pasaran nasi ayam tempatan(rawang).

Saya kini amat amat memerlukan feedback dari pembaca untuk membuat penilaian dan memberi idea idea kreatif untuk saya memajukan lagi perniagaan ini.

Harap perbincangan kita tidak habis di sini...Terima Kasih.

Berjuang untuk suatu harapan yang pasti.

Amin Yarabul Ya A Lamin.

End. 12.22 pm.

No comments:

Post a Comment