Wednesday, May 11, 2011

Jatuh bangun dalam bisnes.

May 12, 2011 | 12.01 Pagi. Meja Kerja dirumah. Assalamualaikum. Malam ni agak tenang. Isteri dan anak aku dah lama tido. Entah kemana mereka bermimpi. Anak aku sudah pastilah mengimbau peristiwa peristiwa seharian dia di Tadika siang tadi. Isteri aku mungkin dok ingatkan kerja office nya yang melambak lagi tak siap. Dan aku...

Mula menaip sesuatu, sesuatu yang akan menjamin masa depan aku. Untuk pengetahuan korang semua, kadang kadang tu aku rasa macam nak tutup jer gerai nasi ayam hajiman ni. Dengan masaalah masaalah yang mendatang, seolah olah mahu menguji daya tahan mental aku. Aku betul betul sakit bila memikirkan hal ini.

Abang aku seakan akan mahu lari. Mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam perniagaan. Namun bila aku pikir sejenak, tidak ada satu sebab pun aku harus berundur, perjuangan baru bermula. Aku seakan akan kena panahan yang maha hebat, sehinggakan aku merasakan kekecewaan yang amat sangat.Kecewa yang membawa aku kearah kematian jiwa.

Seperti aku katakan tadi, perjalanan baru bermula, setelah solat sunat dan memohon petunjuk dari Maha Kuasa, Allah. Aku pulih dari perasaan takut itu. Perjuang baru bermula, aku harus lakukan sesuatu, jika tidak aku akan menyesal seumur hidup aku.

Deangan semangat dan jiwa baru ini, aku akan melakukan sesuatu perubahan pada menu dan cara aku membuat promosi. Aku baru selesai berbincang dengan abang aku untuk menambah menu dan cara promosi.

Untuk Jun nanti kami akan menawarkan sesuatu yang pastinya akan menarik minat semua pelanggan. Tapi apa yang pasti, kami tidak akan melakukan potongan harga. Ianya amat berisiko. Di tambah pula dengan sikap kerajaan sekarang yang suka menaikkan harga bahan mentah seperti gula, ayam dan lain lain lagi.

Kini hanya terdapat tiga cawangan yang masih beroperasi melibatkkan 6 orang tenaga kerja. Aku berharap kami akan mampu bangun untuk pertahankan dengan apa yang kami ada.

Bila aku tengok restoran baru saban hari tutup/bungkus membuatkan aku risau sangat. Hehehe. Insyaalah, Allah akn tolong kita. Jangan tanya aku macam mana Allah akan tolong... Dia pasti akan tolong.

Ok lah cukup setakat ini dulu, coretan aku malam ni,

Jumpa lagio malam esok, insyaalah. Alfatihah.

End 12.25 pagi.

No comments:

Post a Comment