Tuesday, December 14, 2010

Nak meniaga, tapi tak ada modal. Ini caranya...

Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".

Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada mat, saya mencadangkan supaya anda menyemak dan mengenalpasti 3 kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;

1. TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan bermakna untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakan perniagaan- ianya boleh dijalankan dari rumah.

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet menggunakan tools2 Internet yang sedia percuma, seperti blog, Facebook, dan Paypal, yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet.

3. Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal untuk memulakan perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa. Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dari 0, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mempromosikan perniagaan kita.

Semoga bermanfaat....

Salam sukses! :D

sumber : www.UsahawanKerajaan.Com

1 comment:

  1. Aku harus memberi keterangan mengenai perbuatan baik dari Ibu Amanda Amanda Badan Kredit. Saya Husnah dan saya mengambil masa saya keluar untuk memberi keterangan Ibu Amanda kerana dia akhirnya menawarkan saya.
    Saya dan suami saya masuk ke hutang yang sangat besar dengan Bank dan kami mencari pinjaman dari syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semua datang ke sia-sia. sebaliknya mereka membawa kita ke dalam lebih banyak hutang meninggalkan kami bankrap sehingga saya datang di kenalan dengan Ibu Amanda, yang menawarkan pinjaman. Sekarang kita telah akhirnya menetap hutang kami dan memulakan perniagaan baru dengan wang yang tersisa dari pinjaman. Anda boleh menghubungi dia hari ini untuk pinjaman apapun dan jumlah.
    Hubungi Ibu Amanda melalui salah satu email berikut. amandaloans@qualityservice.com atau amandarichardson686@gmail.com atau anda boleh menghubungi saya melalui email saya untuk arahan lebih lanjut ikmahusnah@gmail.com

    ReplyDelete