Menjual produk sendiri adalah antara satu cara yang terbaik untuk berniaga di internet. Dengan sedikit kajian dan masa yang digunakan berada didepan program word processing, anda akan mempunyai produk yang kemudiannya boleh dijual di internet.
Tetapi sebelum anda boleh mula menjual produk yang telah disiapkan, ada beberapa perkara yang anda perlukan untuk menjadi seorang penjual produk informasi yang efektif.
1. Laman Web
Walaupun anda boleh saja menjual produk tanpa laman web, namun untuk pergi jauh amat sukar. Dengan adanya laman web dan nama domain anda sendiri, ia memberikan tempat atau 'rumah' untuk produk anda di internet. Cuba dapatkan nama domain yang melambangkan produk atau gunakan nama produk tersebut.
2. Surat Jualan
Untuk berjaya, anda memerlukan surat jualan di laman web anda yang link ke payment processor…itu saja! Jangan link ke laman-laman web lain atau meletakkan iklan berbayar di laman web bagi produk anda.
Surat jualan bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung laman web anda dan meyakinkan mereka mengapa produk anda harus mereka dapatkan.
Dapatkan bahan-bahan bacaan tentang bagaimana untuk menulis surat jualan yang berkesan atau anda boleh mendapatkan khidmat seorang pakar bagi penulisan surat jualan bagi mendapatkan kejayaan maksimum.
3. Presentasi
Anda memerlukan sekurang-kurangnya satu header untuk laman web anda dan juga e-cover bagi produk anda untuk kelihatan professional. Anda akan berasa hairan berapa jauh ia dapat membawa perniagaan internet anda hanya dengan meletakkan beberapa grafik yang berkualiti di laman web anda.
Jika laman web anda kelihatan membosankan dan tidak menarik dipandang, pengunjung-pengunjung laman web anda akan klik keluar dengan cepat. Anda boleh mendapatkan khidmat pereka grafik untuk menghasilkan header dan e-cover bagi produk anda dengan kos yang berpatutan dan terdapat banyak laman-laman web yang menyediakan khidmat ini di internet.
4. Perisian
Kebanyakkan produk-produk informasi datang dalam bentuk fail PDF. Ianya mudah dibaca tetapi tidak boleh diubah jadi kandungan produk anda akan kekal begitu. Anda boleh mendapatkan Adobe Acrobat atau boleh saja gunakan PDF Creator yang percuma untuk menghasilkan fail PDF dari Word document anda.
5. Jualan
Anda tidak dapat menjual produk tanpa adanya payment processor. Kebanyakkan orang menggunakan PayPal, tetapi ada juga pilihan lain seperti Google Checkout.
Sebelum anda mula menarik trafik ke laman web jualan anda, pastikan sistem pembayaran berjalan dengan baik. Sebaik-baiknya anda membuat pembelian produk anda sendiri untuk memastikan payment processor anda benar-benar berfungsi dengan baik.
6. Sistem
Walaupun bukan setiap produk informasi mempunyai harga yang sesuai untuk menyokong sebuah program affiliate, namun begitu anda digalakkan untuk mencipta produk yang mampu untuk menarik affiliate.
Dengan pemasaran affiliate, anda boleh mendapat usahawan-usahawan internet yang hebat untuk menghantar trafik ke laman web dan mendapatkan jualan untuk anda.
7. Strategi
Pencipta-pencipta produk informasi yang berjaya tahu bilamana mereka telah selesai mencipta produk dan menyiapkan laman web, mereka haru mendapatkan trafik ke laman web tersebut.
Bila anda mula dengan satu strategi pemasaran laman web yang lengkap, anda dapat melaksanakan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan bila laman web anda sudah boleh mula beroperasi. Kempen pemasaran artikel, kerjasama (joint venture) dan pengiklanan pay-per-click antara yang boleh termasuk dalam strategi pemasaran anda.
Akhir kata, dengan menggabungkan perkara-perkara penting diatas dengan produk yang hebat, ianya satu formula yang akan memberi keuntungan untuk anda melalui penjualan produk informasi.
Terimakasih.
Ikhlas,
Osman
Sumber diperolehi oleh : http://tipperniagaaninternet.com
PS : Siapa Osman? lawati url ini : http://tipperniagaaninternet.com/siapa-kami
Aku harus memberi keterangan mengenai perbuatan baik dari Ibu Amanda Amanda Badan Kredit. Saya Husnah dan saya mengambil masa saya keluar untuk memberi keterangan Ibu Amanda kerana dia akhirnya menawarkan saya.
ReplyDeleteSaya dan suami saya masuk ke hutang yang sangat besar dengan Bank dan kami mencari pinjaman dari syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semua datang ke sia-sia. sebaliknya mereka membawa kita ke dalam lebih banyak hutang meninggalkan kami bankrap sehingga saya datang di kenalan dengan Ibu Amanda, yang menawarkan pinjaman. Sekarang kita telah akhirnya menetap hutang kami dan memulakan perniagaan baru dengan wang yang tersisa dari pinjaman. Anda boleh menghubungi dia hari ini untuk pinjaman apapun dan jumlah.
Hubungi Ibu Amanda melalui salah satu email berikut. amandaloans@qualityservice.com atau amandarichardson686@gmail.com atau anda boleh menghubungi saya melalui email saya untuk arahan lebih lanjut ikmahusnah@gmail.com