Monday, February 21, 2011

3 Cara untuk menjadi pekerja yang disayangi BOS.

Assalamualaikum...dan salam persaudaraan.

Berniaga . siapa yang tak nak berniaga. Siapa yang tanak jadi bos. Bos selalunya digambarkan dengan kehebatan, kekuasaan,kekayaan dan sebagainya.

Tahukah anda, apa sahaja perniagaan yang kita lakukan,pasti akan melibatkan dua belah pihak. Satu pihak yang dinamakan sebagai majikan atau bos, dan satu lagi pihak yang dinamakan pekerja atau bahasa kasaqnya kuli. Hanya dua pihak ini terlibat, tidak ada badan berkecuali atau bebas.

Mulanya aku nak tulis perbezaan dan persamaan antara kedua dua ni,tapi aku rasa lapan belas pages pun tak habis, so aku tulis sikit sikit la yer....selamat membaca.hehehe

Hari ni aku nak kupas sedikit berkenaan dengan fungsi sebagai seorang pekerja. Aku rasa pekara ni semua orang pun tahu. Secara asasnya, pekerja ni senang jer...melakukan apa yang diarahkan oleh majikan atau bos.Itu jer...so senang kan?

Tapi apa yang aku nak bincangkan disini adalah masaalah antara majikan dan pekerja. Dimana silapnya...

Kita mulakan denga salah pekerja.

Dari pemerhatian aku, kesilapan biasanya bermula bila apa yang bos nak, tak sama dengan apa yang kita buat atau yang kita faham. Bos memberi arahan terlalu pendek dan tidak jelas, bos memberi arahan tampa melampirkan rujukan dan sebagainya.Ini yang selalu menjadi krisis dalam arahan. Pekerja tak dengar arahan, tak buat kerja mengikut apa yang bos nak dan sebagainya. Dan ada pekerja yang boikot bos, berpuak puak sesama mereka dan sebagainya.semuanya disebabkan arahan yang kurang jelas dari bos.

Adakah ini bermakna bos yang salah? Jawapanya satu jer...TIDAK. Bos tidak pernah silap dalam memberi arahan, dan kesilapan itu pastinya datang dari kita. Disinilah persoalan yang saya cuba huraikan.

Sebagai seorang pekerja yang di bayar gaji, sudah semestinya kita memegang tanggung jawab ini dengan penuh keimanan. Bukan hanya sekadar inginkan gaji.

"kalau bos pun bagi arahan tak betul, macam mana? " rungutan biasa yang selalu kita dengar dari seorang pekerja. Kita mudah menilai bos, bos yang memberi kita gaji, bos yang memberi peluang pekerjaan kepada kita. Siapa kita kalau bos tak ada.( jangan cakap "kalau macam tu baik meniaga", so, bila ko dah meniaga , siapa bos? lu pikir la sendiri )

Jadi sebelum kita menyalahkan bos, mari kita fikir-fikir dan kita sama sama merenung sejenak apa yang saya akan tulis ini.

1. Semasa bos memberi arahan, adakah kita terus berkata "ya" dan terus keluar dari bilik. - Jika itu jawapan dan tindakan anda, anda melakukan satu kesalahan. Bukan maksud saya, bila bos bagi arahan kita kata tidak. tetapi kita kena renung sejenak, apakah kesusahan dan masaalah yang bakal kita akan hadapi, dan cuba berbincang dengannya. Langkah terbaik, cuba ulang semula arahan yang dibagi supaya, arahanya sama dengan apa yang kita fikirkan/fahamkan. Ini akan mengambil sedikit masa, tetapi ia adalah langkat terbaik. Tetapi nasihat saya, jangan terus terus kata tidak pada arahan bos. Anda mengundang masaalah. Bos is always right. Remember it!

2. Didalam dunia ini terdapat banyak jenis bos, ada bos yang suka mengambil berat tentang pekerjanya, ada bos yang suka menghamburkan kata kata indah dan tidak kurang juga yang suka memaki hamun. Ada bos yang hanya tahu apa yang dibagi, anda akan selesaikan, bagaimana anda nak selesaikan, itu bukan masaalah dia. dan banyak lagi jenis bos...Kenali bos anda, barulah mudah untuk anda mengambil hatinya. Dan sudah pasti kerja anda akan menjadi lebih mudah selepas ini. Keyword paling penting disini, kenali bos anda dan kerja anda akan menjadi lebih mudah. Selamat mencuba.

3. Bila anda menerima arahan, jangan sesekali menunjukkan riak muka membantah anda. Ianya sangat tidak ber etika. Cuba senyum, dan memulakan perbincangan. Air muka anda yang gembira akan memudahkan kerja anda. Cuba buat sedaya upaya, jika masih gagal, terus update pada bos, bincang cara untuk selesaikannya. jangan tunggu hingga ke akhir rancangan.( due date ). Boleh buat tak? anda yang tentukan.

Aku rasa 3 ni dah cukup untuk menyedarkan kita, betapa kita sebenarnya masih jauh untuk menjadi pekerja yang cemerlang seperti yangt dikendaki oleh syariat.

Aku tulis ni, bukan bermakna aku nak up BOS ataupun aku akan jadi BOS. Aku juga seorang pekerja, dan masih bekerja...dan dari situlah aku memerhati masaalah masaalah ini, dan dari situ aku melakukan kaizen untuk menjadikan ianya lebih baik untuk syarikat aku. Insyaalah.

Kita berjumpa lagi, dalam tulisan aku yang akan datang. Mungkin aku akan huraikan berkenaan bos yang baik dan bos yang jahat.

Sekian, jumpa lagi, Bye.

Adik Mohamad Bin Haji Man ( 11.57am - Perodua, Rawang )
Internet Marketer
- Very the beginner.

1 comment: