Monday, February 21, 2011

3 Pengorbanan yang kita gagal lakukan semasa membuat promosi jualan.

Assalamualiakum, malam ni aku nak ceritakan sedikit apa yang dikatakan "pengorbanan". mengapa perkataan pengorbanan aku masukkan dalam "". Ini adalah kerana perkataan pengorbanan ini, boleh berdiri sendiri tampa ada perkataan lain untuk menyokongnya.Perkataan "pengorbanan" itu sendiri sudah membawa erti dan makna yang amat berat. Inikanpula untuk melaksanakanya.sendiri buat, sendiri tanggung. hehehe.

Malam ni agak lewat aku mula menulis. Bukan apa, hanya kesempatan yang tak seberapa inilah aku gunakan untuk meng"update" blog aku ni. Masa amat mencemburui aku. Tapi tu lah, kalau aku nak tunggu masa "free", memang tak dapat la. Maka akan suram gelap gulita lah blog aku ni sampai bila bila. Gelap hitam tampa arah tujuan. Mungkin dengan mencuri sedekit masa yang terluang ini juga dianggap pengorbanan.

Malam ni aku nak huraikan perkataan "pengorbanan" dalam kontek perniagaan. Pengorbanan dalam perniagaan, aku pecahkan lagi dari pengorbanan perniagaan kepada pengorbanan perniagaan dari segi promosi.

Dari pemerhatian aku. Pengorbanan perniagaan dari segi promosi ini adalah menjadi salah satu pengorbanan yang ramai orang melayu gagal untuk berkorban. Takut untuk berkorban. dan selalu berkira kira.

Pengorbanan Perniagaan dari segi promosi.

1. Pengorbanan Wang ringgit : Ramai yang berkira tentang ini. Nak potostat b/w pun berkira. Nak kuar duit upah orang buat design lawa lawa pun berkira, nak upah copywriter supaya boleh cipta ayat ayat power untuk sales letter pun berkira. Pendek kata sangat berkira kira, tapi untung..nak banyak.

Sepatutnya 20% atau lebih setiap jualan itu mesti di khaskan untuk promosi. Tapi ini sangat sangat jarang berlaku.

2. Pengorbanan Masa : Biasanya kita dengan masa ni kurang berkira sikit, almaklum la, tak perlu kuar wang banyak, tapi, masih juga kedekut. masa yang digunakan untuk membuat promosi amat amat terhat. Mula mula berniaga, dua jam sehari untuk edar risalah, tulis sales letter, update blog dan belbagai lagi...lama lama semangat perjuangan dan pengorbanan tu mula hilang. Dari dua jam tinggal sejam setengah, besoknya kurang lagi, lagi kurang dan akhirnya....tidak ada lagi pengorbanan. yang tinggal kukuh teguh hanyalah banggunan tempat kita berniagaan.Itupun kalau banggunan, kalau gerai, mau bumbungnya bocor sana sini. Ini hakikat....pemerhatian aku tampa jemu sepanjang 10 tahun terbabit dalam berniaga gerai. Amat amat dukacita.

3. Pengorbanan keuntungan : Ini adalah pengorbanan yang "pantang" dilakukan dan sangat jarang dilakukan oleh orang melayu. "Kalau jual mesti mau untung, meniaga apa tak untung" ini ayat biasa kalau kita tanya peniaga melayu, kalau kita mintak kurangkan harga barang. bukan kurang sampai tak untung, tapi ambik untung sedikit tapi boleh simpan pelanggan untuk jangkamasa panjang.

Apa yang aku selalu perhatikan, orang cina selalunya,kalau bukak kedai baru, akan jual barang pada harga yang kadang kadang tak masuk akal murahnya. Gila gila murah. Tapi selepas sebulan, selepas pelanggan dah mula selesa ngan kedai dia. Baru dia tekan kaw kaw, tapi walaubagaimanapun, sesetengah barang dia tetap kekal jual murah. Ini strategy mereka. dan apa yang aku nampak, strategy ini sangat berkesan. Tak caya...u'all boleh try....

Aku rasa 3 ni dah cukup untuk malam ni. 3 pengorbanan yang kita gagal lakukan semasa membuat promosi jualan.

Sekian, jumpa lagi...bye.

Adik Mohamad Haji Man
Internet Marketer,
- Very the beginner.

No comments:

Post a Comment