"lebih senang bukak biz, dari nak maintain biz tu" itu lah kata kata keramat yang keluar dari mulut ayah aku sejak setahun yang lalu, aku masih pegang kata kata tu sampai ke hari ni, dan dengan semangat kata kata tu lah hajiman chicken rice shop terus mantop hingga ke hari ni.
Ada bebera pelanggan yang email, sms dan tak kurang juga yang datang jumpa aku bertanyakan tentang blog ini yang dah lama tak update, aku mintak maaf. Untuk pengetahuan semua, akubukanlah fulltime buat biz ni, tapi aku masih bekerja di salah sebuah syarikat pengeluar kereta nasional negara. Disebabkan beberapa hal, aku skang ni sangat sibuk di office dan menguruskan akaun HCRS. Tapi kini, aku berjanji untuk kembali aktif, insyaalah. ya Allah, engkau berilah aku kekuatan untuk aku terus berusaha dan menjadikan HCRS sebagai jenama antarabanagsa. Amin.
Perkembangan terbaru HCRS.
HCRS cawangan stesen bas rawang mengalami sedikit penurunan. Ini disebabkan sebuah restoran mamak baru dibuka di hadapan restoran kami. Mulanya kami tidak terlalu risau,tapi bila restoran mamak tu buat promosi gila gila dengan menjual dengan harga murah, kami mula rasa tercabar. Ramai juga pelanggan yang lari. Dan kami kena terima, inilah perniagaan. Persaingan pasti ada.
Untuk memastikan HCRS terus bersaing, kami telah mencipta menu baru yang diberi nama nasi bujang. Nasi bujang dicipta untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati nasi tengah hari dengan harga yang sangat berpatutan. Nasi berlauk telur rebus, salad, tomato dan timun ini dijual pada harga hanya rm2.50. Di hias cantik diatas pinggan kaca putih pasti akan menaikkan selera anda.
Dalam keadaan tertekan disebabkan persaingan yang menimpa nimpa di HCRS caw. Stesen bas rawang, kami tidak pernah berputus asa, tapi kami terus berusaha dengan membuka satu lagi cawangan baru yang berkonsepkan store berhampiran Pasar Borong NSK Rawang. Dengan pembukaan cawangan baru ini, HCRS telah mempunyai 3 caw. di seluruh Rawang. kami juga dalam proses perbincangan untuk membuka satu lagi store di kawasan berhampiran CIMB rawang.insyaallah.
Akhir kata, doakan kejayaan kami. Amin
Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment