Pada hari yang kesepuluh ni, Satu lagi ujian dari Allah untuk menguji kesabaran hambanya dalam mencari redha Allah.
Abang aku, orang yang menjadi back bone dalam perniagaan ini demam. Abang aku ni jarang demam, tapi kalau demam memang lama. Ni yang aku risau ni... Kesian aku tengok dia. Tadi aku g tengok badan dia panas sangat,so aku "tepek" cool fever kat kepala dia. Hope nanti ok la kut.
Anyway, perniagaan tetap berjalan seperti biasa, nasib baik semuanya telah di atur. Kami dah dapat pekerja tetap dan Pakcik Rahim dah setuju untuk hantar dan ambik barang barang niaga. Itu sudah bagus! Amin. Allah tu Adil, tol tak?
Hari ni, kedai tutup pukul 6 petang, Bukan sebab Ayam habis tapi kuah hitam habis. Nak ambik dah tak berbaloi. So far hari ni 8 ekor ayam terjual, so ok la...Ada kenaikan. Kalau kuah hitam ada lagi mungkin blh habis lagi 2 ekor. Tapi itulah perancangan Allah. Setiap rezeki itu telah ditetapkan. Alhamdulillah la tu. Esok mungkin ada lebih, sapa tau!
Oleh kerana abang aku demam, perancangan untuk membuat laksa ditangguhkan dahulu, sehingga dia lega demam.
So, aku pun kena tangguhkan dulu tulisan ini sehingga...... besok! heheh.ok
Wassalam.
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment