Petama tama kalinya aku nak ucapkan " selamat menyambut hari raya aidil adha" kepada semua pelanggan hajiman chiken rice shop ni. Hajiman chicken rice shop menjual nasi ayam dengan harga yang sangat murah ( RM4.00 + Air* ) Wow! murah kan? (iklan)
Sempena raya ni HCRS tutup operasinya selama 2 hari ( rabu dan khamis ) insyaalah esok akan memulakan perniagaannya semula.
So hari ni tak ada apa nak update pasal meniaga, cuma nak cerita pasal raya lah! Raya korban.
Semalam aku beraya di manjoi. Ipoh. Suasana macam biasa la, pagi pagi aku dah bangun nak g solat sunat hari raya. but still terlambat,walaupun dah bangun awal hehe.sampai surau orang dah nak solat. hairan jugak aku, awal nya depa solat. belum pukul 8.15 pagi pun lagi.
Masa aku balik tu aku nampak tok imam kalut kalut ja p belakang surau ambik pisau. rupa rupanya surau tu ada buat korban. Patut la solat awal. Sekali aku tengok ada 5 ekor lembu dok releks jer sambil menunggu masa untuk di korbankan. Itu lah lembukan, eleks jer...still berselera makan rumput. walau pun tahu diri akan dikorbankan, tapi yang aku heran tu, ada jugak manusia yang perangai macam lombu ni, aduyai, mintak simpang malaikat 44.
Aku tak tunggu pun, sebab lapaq sangat, aku terus balik, layan lontong...belasah dua mangkuk, wife aku ajak gie GM (Green Town Mall).
Bila aku sampai di GM, sungguh pelik aku, ramai orang rupanya, selamber rock ja jalan jalan, lepak lepak, dah macam bukan hari raya jer....tu la kan. pepatah melayu ada berkata " lain padang, lain belalang" memang tak sama lansung dengan budaya di kg aku di hulu kuala nerang nun.
Tak pa la, mungkin itu budayanya....Lagipun dalam ramai ramai tu, aku salah sorang darinya..emmm.
Semalam aku betolak dari ipoh balik rawang pukul 8 malam, sampai disini pukul 10.30, jalan "keliar"
Akibat letih sangat aku tido terus, lagipun pagi ni aku nak kena jaga anak aku.hehhe...
Ok lah, setakat ni saja diari hajiman chicken rice shop hari ni, tak banyak yang aku boleh kongsi pasal biz hajiman sebab coti untuk dua hari ni.
TQ kerana still bersama kami.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment