Alhamdulillah, hari ni dah hari kelapan Hajiman Chiken Rice Shop menjalankan operasinya. Syukur aku kepada Maha Kuasa, dengan Limpah Kurnianya, dan belas ikhsannya, Perniagaan HCRS berjaya menjual lebih 70 ekor ayam dalam masa 7 hari.
Hari ni, kami dah tetapkan yang maksu(adik bongsu aku) dan Wahezah (anak buah aku) akan menjadi staff tetap di HCRS. So, macam macam plan yang best akan kami rangka kerana masaalah staff sudah selesai.
Okeh! aku nak cerita macam mana perniagaan hari ini, ALhamdulillah, 8 ekor ayam berjaya dijual hari ini. Ok la tu, aku rasa dah ok sangat tu. Lagipun hari ni hari pertama maksu jaga sepenuhnya, dan aku kena ingat yang pesaing aku sekitar rawang juga merancang belbagai strategi dan promosi untuk menarik lebih ramai pelanggan ke restoran mereka.
Oleh sebab itulah, kami tampa menoleh kebelakang akan terus berjuang, hari ini kami telah membeli microwave " ala tempat hat panas makanan tu la", so dengan microwave ni, kami dapat menghidangkan hidangan nasi ayam HCRS dengan panas panas dan segar seperti baru. " baru la rasa macam baru lepas masak, kan kan kan"
Okeh, tak banyak aku nak tulis hari ni, tapi aku just nak bagi tau korang yang webpage hajimanChickenRiceShop.com dah berjaya berada di page pertama carian google. Alhamdulillah...baru seminggu dilancarkan dan masih dalam mode, "under construction" lagi, tapi sudah diletakkan di muka hadapan carian google. Amin, Thank Ya Allah...
So, kepada semua follower site nie, terima kasih sangat sangat...sokongan anda amat kami hargai...
cayalah!!!
No comments:
Post a Comment