Friday, November 5, 2010

Hari Kelima : 11 Ekor ayam terjual. Amin Ya Rabul Yaalamin.

Hari ini hari pertama Hajiman Chicken Rice Shop bukak kedai semasa cuti umum. Risau jugak takut takut orang tak ada, Almaklumlah, coti raya pulak tu. Mesti ramai yang pegi rumah terbuka deepavali.

Hari ni jualan semakin baik. Alhamdulillah, dengan harga nasi ayam yang berpatutan,"harga warong jer..." dengan layanan sebaik restoran mewah, dengan suasan macam old town white coffee, kami berjaya dalam misi kami untuk mengekalkan jualan sekurang kurangnya 10 ekor ayam sehari. Syukur sangat-sangat pada dia, Allah maha kuasa, yang merancang segala perangcangan hambanya...Syukur Alhamdulillah.

Aku kini semakin yakin dengan perniagaan ini. Restoran mini dengan servis penghantaran percuma sekitar rawang dan selayang pasti akan mengaut keuntungan berganda. Dan aku makin yakin dengan promosi yang betul dalam perniagaan kita pasti akan berjaya.

Aku bukanlah terlalu yakin hinggakan aku akan berhenti dari kerja tetap aku sekarang, tetapi aku yakin yang perniagaan ini tidak akan sia sia. Yakin yang pelaburan aku akan membuahkan hasil, kurang dari tiga bulan.

Namun, aku rasa keyakinan ini pasti akan melonjak lagi jika kami berjaya mengekalkan target kami selepas sebuah lagi restoran akan dibuka pada bila bila masa saja lagi. Restoran besar dengan nama Ayam Penyek Kak Ani. Perniagaannya juga berlandaskan ayam. Ini yang aku risau...Oh tuhanku, kuatkanlah semangatku....untuk aku terus berdaya saing dan terus maju kehadapan. AMin.

Okeh! tanak cerita pasal benda benda yang belum jadi, setakat hari ini, jam ini, aku masih lagi berjaya...esok, lusa atau munggu minggu seterusnya, aku perlu kerja kuat. Bekerja kuat untuk mengukuhkan lagi penguasaan jualan Hajiman Chiken Rice Shop, kami tak boleh kalah. Tidak sama sekali.... Lawan teetappp...Lawan.

Esok hari sabtu, aku akan jaga sampai pukul 5 petang sebelum aku balik ipoh untuk ambil isteri dan anak aku.

So,Kita jumpa di HCRS esok ya!...

Calooo...bye.

No comments:

Post a Comment