Alhamdulillah, hari ni genap 30 hari perniagaan Hajiman Chicken Rice Shop. Dengan berkat rahmat darinya ( Allah Yg. Esa ), aku amat amat bersyukur kerana segalanya berjalan seperti yang dirancang. Walaupun ada sedikit ganguan dan masaalah, itu bukanlah perkara pokok yang perlu aku risaukan. Hanya ganguan dari anasir anasir yang mencemburui hamba Allah yang berusaha.
Insyaalah, bulan kedua pasti menjadi bulan yang lebih baik. Bulan yang akan menjadi penentu kejayaan Hajiman Chicken Rice Shop. Ini adalah kerana pada bulan ini, tidak ada diskaun lagi untuk pelanggan. Harga sudah naik menjadi RM4. Bagi sesetengah pelanggan, RM4 masih dikira murah, tapi bagi yang suka bercakap dan " suka komplen", aku tak boleh buat apa, aku rasa depa ni kalau bagi free pun, tetap depa nak "komplen". "Nak buat macam mana!kalau dah hobi depa lagu tu,layan jalah!".
Sebelum aku lupa, aku nak minta maaf sebab agak lama tak update blog ni, bukan niat atau sikap malas aku yang menjadi penghalang untuk aku tidak menulis, tapi kesibukan hidup dan kerja membuatkan aku letih,letih untuk berfikir dan letih untuk menaip. Jadi aku terpaksa tidur awal."sejak seminggu ni, aku rasa letih sangat, kepala letih, badan pun letih' kerja macam mesen, penat ooo".
Berbalik pada perancangan promosi untuk HCRS pada bulan disember ni. Bermula 1 Dis. 2010, setiap pelanggan HCRS akan dapat kalendar 2011. Kalendar bersize namecard yang memuatkan contact no, email, caw. dan beberapa info berkenaan HCRS. Di reka dengan menggunkana konsep name card, supaya pelanggan senang untuk menyimpan kalendar tersebut.
Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan kalendar tersebut, anda boleh dapatkannya di kaunter HCRS sama ada di caw. Pekan Rawang atau di caw. Bandar Tasik Puteri.
Terima Kasih kerana menyokong kami.
Jom Ta-Paw!
No comments:
Post a Comment