Alhamdulillah, akhirnya aku selamat juga sampai di Manjoi,Ipoh jam 2.00 pagi semalam. "Jalan jem tak ingat". Almaklum la semua nak balik kampung.
Aku tahun ni terpaksa buat keputusan yang berat untuk beraya di Ipoh. Walaupun sepatutnya giliran di Kedah. "Ganti ngan tahun depan ler...". Ada banyak masaalah yang perlu aku selesaikan dan ianya penyebab utama aku tak dapat beraya bersama ayahda dan bonda di Kuala Nerang, Kedah.
Oh! sorry, nanti aku bukak post lain cerita pasal raya, yang aku nak cerita pasal biz semalam. Alhamdullah, semalam aku ada pembantu, bekas pekerja Alladin Nasi Lemak. So far dia ada pengalaman la pasal nasi ayam ni, So aku tak la kalot sangat.
Semalam abang aku buat gial sikit. Selamba dia masak ayam 13 ekor, kunun kunun nak buat gempak la...nak pecah rekod la tu...
Di awal awal awal waktu tu, dalam pukul 12.00 tengah hari orang dah ramai, "nampaknya hari ni pecah rekod, 13 ekor" berangan aku sorang sorang sambil tangan tak putus putus mencingcang daging ayam. Layannzzzzzz.....( dalam kepala dok ingat masyukkk jer )
Tapi, itulah yang dikatakan rezeki Allah. Setiap rezeki Allah telah tetapkan untuk setiap orang. "Ko tak buat kerja ko dapat ini, ko buat kerja ko dapat itu, dan kalaupun ko buat kerja gila gila, pun telah ditetapkan". Aku bersyukur....
Bila jam tepat pukul 3.00 petang orang dah mula kurang, kurang dan kurang. Lama lama lansung stop lama...ayam dah habis 9 ekor, kalau waktu biasa pukul 5.00 petang akan ada serbuan atau gelombang kedua, tapi hari ni lain. Stop terus......
Akhirnya aku tutup kedai pukul 7.30 malam dengan 10 ekor ayam terjual....itulah rezeki kan?
Walaubagaimanapun aku bersyukur....Ayam yang baki 3 ekor selamat habis di jual di sebuah lagi cawangan Hajiman Chicken Rice Shop di Bandar Tasik Puteri.
Ok. Setakat ni dulu.... tulisan aku dipagi hari raya ni,sambung malam nanti...K
Wassalam.
Selamat hari Raya Aidil Adha.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment