Hari ni aku ada di hajiman chicken rice shop. Memantau anak buah dan adik aku buat kerja. Aku nak pastikan yang depa dua orang ni ikut standard layanan yang aku nak. Layanan mesra adalah jaminan pelanggan yang datang akan datang lagi. Perkara ni sangat penting dalam perniagaan. " Customer is always right ".
Customer is always right adalah satu ungkapan dalam bahasa inggeris yang sangat popular orang melayu skang ni pakai jika bercakap berkenaan bisnes, terutama jika bisnes yang berkaitan dengan servis.
Dalam bahasa melayu ia berbunyi "pelanggan selalu betul". Sekarang ni aku nak tanya korang, korang paham ka maksud ayat ni, atau apa yang korang paham, bila kita nak jual barang kena kena ikut cakap customer. sebab depa selalunya betul. Masaalahnya, betul sangatkan depa ni. Betul ker customer selalu betul. Apa yang membuatkan apa yang depa cakap, mesti betul.
Ini yang aku nak huraikan serba sedikit apa yang aku paham, apa yang aku percaya dan apa yang aku buat tentang statement ni. Aku tulis ni pandangan aku ja tau,orang lain, orang lain punya hal lah! apa aku kesah,heheh...jangan marah aa...nanti kena jual...Apa yang penting, berlapang dada...terima yang baik, yang buruk tinggal jer...k.
Bagi aku kenapa customer selalu betul.
1. Sebab depa yang bayaq kita. duit duit depa, so depa ada hak nak kata itu dan kata ini. sebab duit tu duit depa. betul tak?
2. Kita nak meniaga lama, nak pelanggan datang dan datang dan terus datang, so kita kena ikut la, kalau tak depa p kedai sebelah, sapa yang melepas,kita jugak. betul tak?
3. pelanggan ni, dia makan di banyak kedai. banyak warong,banyak hotel, dan depa nak makan sahaja atau nak beli barang kita ja. depa tak ada kepentingan dalam perniagaan kita, so kalau barang kita baik, depa kata baik, kalau barang kita buruk, depa kata buruk. So secara tak lansung depa ni bukan sahaja pelanggan kita, tapi depa ni akan menjadi promosi bergerak untuk kita, dan sebab itulah kita kena ikut kata depa. Betul tak?
Dari tiga contoh yang aku bagi kat atas tu, satu pun tak membuktikan yang apa yang depa kata adalah betul, tapi lebih kepada nak jaga bisnes kita dan nak jaga hati depa. Bunyi macam hipokrit kan? tapi itulah realiti perniagaan ni. kita terpaksa buat apa yang kita tak suka. dan tinggal apa yang kita suka. pelikkan....
Persoalahnya sekarang, kenapa kita mesti ikut depa kalau kita tak suka. Ini perniagaan kita, kenapa depa pandai pandai pulak nak mengomel,macam depa pulak bos kita ( ada bijak pandai kata, bos kepada peniaga ialah pelanggan - aku setuju sangat ngan statement ni) selalunya kalau dah tak tahan, ayat yang selalu keluar "kalau pandai sangat kenapa ko tak meniaga", "hang tu tau makan ja, cakap senang la", dan banyak lagi.
Okeh, ni pulak kalau aku lah! Aku kalau aku tak puas hati nagn pelanggan aku, aku akan buat dua perkara. Apa yang pasti, aku memang tak akan terima bulat bulat apa yanag depa kata,kalau ianya tak sepadan ngan hati aku.
1. Aku akan mendengar dengan positifnya, sambil dok pikirkan apa yang dia cakap boleh tak aku guna untuk bisnes aku.
2. Aku akan dengar denga positifnya, sambil dok pikirkan macam mana nak stop dari mamat ni dok bercerita.
Dah sejam dok bercerita benda yang sama ja, penat la...dia sembang kosong, kita buat bisnes, layan dia pulak, tu yang bisnes pun last last jadi kosong. Hancooorrrr....
Nasihat aku, jangan buang seratus peratus apa yang customer ni cakap dan jangan ambik bulat bulat apa yang dia suruhh. K.
Itulah perkara yang aku nak kongsi dengan korang. Nantikan tip tip lain, di waktu yang lain.
Assalamualaikum,
Wassalam.
End : 1254am14112010
No comments:
Post a Comment