Monday, November 15, 2010

Hari penuh bersejarah

Hari ni adalah hari yang paling aku tak dapat lupakan. Tak mungkin apa yang terjadi hari ni di hajiman chicken rice shop akan berulang lagi. Hanya sekali, tak mungkin lain kali...Fuh!

Korang mesti hairan kan? yang yang peliknya dengan hari ni, selain dari bad Monday. Tul tak?

Okeh, untuk pengetahuan korang semalam adik aku (maksu) dan wahezah dah balik kampung. Coti raya. so oleh kerana aku cuti hari ni, aku pun bersetuju la nak jaga kedai. Ok lah, apa ada hal kan? Aku ingat bos besar dah uruskan semua, tapi dia terlupa rupanya. Dia kata aku kena berniaga sorang ja, tak ada pembantu, "Alamak-Nak mampus" terkejut berok aku. Jaga sorang tu....

Apa kan daya, jika itulah takdirnya... Dari set-up di tempat potong ayam, siang daun salad, buat air, mop lantai, masak air, tuang sup, panas kan sup, potong ayam, basuh sudu, pinggan mangkok tapaware dan banyaklagi aku buat sorang. Dah la tu, kena angkut pinggan lagi, lap meja, lam kerusi...bak kata semua lah! "rasa macam nak teputus pinggang aku"

Namun aku gagahkan jugak diri ini. Bermuala dari pukul 10.30 pagi hingga lah pukul 3.30 petang. Non stop. sampai habis licin nasi ayam. Alhamdulillah la, semua pelanggan faham. Kalau tak mau pinggan melayang tadi.

Fuh~ ni la pengalaman paling penant tapi sangat berbaloi.

Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi kan,

kena la aku ta-paw.

tul tak?

Ok lah, aku rasa penat sangat malam ni, dan yang paling pasti, esok dah ada pembantu. So aku rasa mungkin ok la kut. Hahha, jgn dia pegi sana nak jadi bos, sudahhhh!

Ok. Jumpa u'all malam esok.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment