Sunday, November 7, 2010

Hari Ketujuh : The tournament begins

Assalamualaikum semua. Hari ni aku tulis lambat sikit, sebab aku sampai dari ipoh semalam dah pukul 1 pagi, aduyai kepala dah penin, so aku terus tido...OK

Kalau korang tengok tajuk aku hari ni, macam bagus ja kan? hahaha...siap omputih lagi ( ni bukan buang tebiat tau! ) kadang kadang tu, kita kena jugak cakap omputih ni, baru la look wold sikit, spelling salah tak pa, janji bunyi nak sama.. haha..layanzzz

Okeh cerita aku di hari ketujuh. Seperti yang korang semua tahukan, hari ni pesaing aku iatu Ayam Penyek Ibu Nor memulakan operasinya, aduyai, "ter-cuak" jugak kami dengan depa ni, tapi Hajiman Chicken Rice Shop yang menjalankan perniagaan secara profesional, menjual nasi ayam dengan murah, layanan ala ala restoran mewah, suasana macam kat dalam cofee shop, "memang tak la risau sangat" (ce..ce..ce.., ayat nak sedapkan hati. Tapi kami positif la, memang ayam penyet ni ada follower dia sendiri.

Okeh cerita banyak tak guna, korang mesti nak tau, apa yang jadi on that day kan? Memang agak kalot la...heheh

Abang aku boleh pulak datang lambat, katanya dia lambat bangun ( malam tu ada order banyak). Datang lamat tu tak la lambat sangat, dalam pukul 11.30 dia dah sampai kedai"biasa kita bukak pukul 11.00". lewat setengah jam lebih la...

Ok lah dah datang lambat kan, tup tup sampai kedai bila nak bukak kedai, kunci pulak tertinggal,aduyai...apa punya bala...la. "balakarupan betoi la". Abang aku mintak kawan dia yang kebetulan nak ke pekan rawang bawakkan kunci.Alhamdulillah...selesai masaalah kan?

Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak sampai sampai jugak kunci, ayoyo...apa pasai pulak ni, abang aku call member dia, Alamak! member dia kata jalan JEM! eks! lori mati kat tengah jalan...Adus!

Akhirnya berjaya jugak bukak kedai dalam pukul 1.00 tengah hari, ni kira lewat sangat la...dah la pesaing baru bukak. em...kalau ada rezeki ada lakan...

Alhamdulillah, dengan masaalah masaalah yang menimpa ni, akhirnya berjaya jugak abang aku menghabiskan 9 ekor ayam. Alhamdulillah...Sudah rezeki kan?

Tapi kelewatan ni memang merisaukan aku. Xculy banyak benda yang menyumbang kelewatan ni, aku tak salahkan abang aku 100%. Dia dah cuba yang terbaik namun apa kan daya. Perangcangan Allah adalah sebaik baik perangcangan.

Kami akan cuba untuk memperbaiki mutu servis dan kualiti makanan di Hajiman Chicken Rice Shop. Kami tahu dengan mengekalkan ( istikamah ) kualiti servis dan makanan kami akan dapat mengekalkan pelanggan kami.

Akhir kata untuk hari ini, pengalaman hari ini akan kami jadikan sebagai batu lonjatan untuk kami memperbaiki servis kami.

Dengan kata lain, kami mengharapkan pelanggan yang dihormati masih lagi ingin menjadi pelanggan setia kami.

Wassalam.
Jumapa lagi,

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment