Tuesday, November 23, 2010

"Istikomah" dalam melakukan kerja.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Mungkin inilah pepatah yang sangat sesuai untuk aku pada waktu ini.

Diawal penulisan aku, aku berjanji untuk istikomah untuk setiap hari menulis,namun inilah yang dikatakan kita merancang, tapi Allah yang menentukan. Kalau dia berkehendakkan benda itu jadi, maka jadilah ia, kalau dia (Allah) kata tak jadi, maka rosak lah ia...Allah maha kuasa, dia yang menentukan segala.

Bukanlah niat aku untuk menyalahkan Allah dalam masaalah aku yang tidak dapat untuk menulis setiap hari, tapi apa yang aku nak tekankan disini, Allah boleh melakukan apa sahaja, sudah tentulah keburukan itu datangnya dari kelemahan aku sendiri. Allah maha sempurna, tiada cacat cela keatasnya. - "Allah huakkbar"

Dengan kuasanya jugalah aku dapat menulis malam ini. Kekuatan yang aku bina setelah memohon kekuatan darinya,(Allah) " Ya Allah, engkau berikanlah kekuatan pada ku, untuk aku melawan hawa nafsu dan pujukan syaitan, engkau berikanlah aku jalan, supaya apa yang aku lakukan, akan mendapat redhomu ya Allah, ya Rabul Ya A,Lamin"

Berbalik pada biz hajiman chicken rice shop, restoran mini yang sanga popular di pekan rawang, yang menjalankan perniagaan menjual nasi ayam di atas talian atau online, juga menyediakan penghantaran percuma di sekitar rawang dan selayang dalam kuantiti tertentu. ( iklan lagi )

Jualan di HCRS setakat ini masih di tahap yang amat amat memuaskan. Aku juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang pekerja HCRS yang sangat komited dalam melakukan tugasan mereka. Juga kepada para pelanggan yang tak putus putus memberi sokongan dari belbagai segi ( Bungkus nasi ngan HCRS kira ok la tu )

Sekarang ni, proses ulang alik ke restoran makin mudah. Pagi, Abang aku akan hantar dengan kereta, malam pulak maksu dan Wahezah akan tutup kedai dan balik dengan motor. Jadi kos minyak kereta dapat dikurangkan. Alhamdulillah....jimat jimat jimat

Aku ada beberapa benda nak dikongsi bersama dengan korang, tapi bukan tulisan kali ini.Insyaalah dalam minggu ni jugak lah!

K, jumpa lagi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment