Alhamdulillah...Hari ni ada tonic yang buatkan semangat aku memuncak semula.Agak-agak korang Kenapa yer? hehehe...jeng jeng jeng...
Hari sale up to 100 pax.hehehe...kalau korang, tak gumbira ke? mesti gumbira jugak kan? ya! dengan peningkatan semula jualan ni, ia membuatkan aku segar kembali. Segar bugar seperti bunga bunga yang kembang indah di cameran hiland tu.
Hasrat untuk menjadikan HCRS sebagai satu jenama nasi ayam no Satu (1) dirawang dan seterusnya di selangor dan malaysia pasti akan menjadi kenyataan jika jualan boleh kekal seperti hari ini dan naik perlahan lahan. Insyaalah.
Aku harap korang tak salah faham dengan aku. Aku bukanlah seorang yang cepat putus asa. Cuma aku tak pandai nak sembunyikan kekecewaan.heheh, "ada beza tau" kalau korang tak percaya, dalam aku kecewa tu, aku masih merangka strategi yang berkesan untuk terus bertahan dan menjadikan HCRS sebagai satu jenama nasi ayam no Satu (1) dirawang dan seterusnya di selangor dan malaysia.
Korang jangan pandang "leceh" bila aku kata aku akan majukan HCRS ni keperingkat dunia. Korang jangan terkejut, suatu hari nanti bila korang semua pegi melancong di kota london, korang akan ter"perasan" jenama yang top kat malaysia kini berada di kota london. Hajiman nasi ayam bukan sahaja terkenal di rawang. selangor dan malaysia, malahan korang akan dapat merasai keenakan nasi ayam hajiman di kota london. Tak percaya? Tungguuuuu.....insyaalah.
Dalam aku dok gumbira, aku penin jugak ni. Kakak ipar aku, orang yang dipertanggungjawabkan menjaga akaun pulak demam. Anak abang aku pun demam. Mungkin sekarang ni musim demam kot. Semua orang kena...."Minta pertolongan dari Allah supaya dia lindungi keluarga ku dari penyakit penyakit ini- Amin, ya rabul ya alamin".
Ok lah, cukup untuk malam ni.Malam esok aku nak kongsi satu perkara dengan korang. Satu benda yang penting untuk korang ambik tahu. Kalau korang minat untuk berniaga la...
So, jangan lupa temujanji kita malam esok...
Da...
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment