Sunday, November 21, 2010

Kesan selepas bercuti.

Alhamdulillah malam ni aku berkesempatan untuk update blog ni. Dua hari aku tak update blog sebab aku ada di ipoh. pastu broadband aku lupa nak bawak balik...wassalamu la...hehe

Ok lah, Just nak cerita secara ringkas perkembangan perniagaan Hajiman Chicken Rice Shop yang terletak di pekan rawang dan terbaik di pekan rawang ni. ( iklan lagie)

HCRS dibuka semula pada hari sabtu, Sepatutnya bukak pada jumaat tetapi ada masaalah teknikal yang sememangnya tak dapat dielakkan.

Hari pertama bukak selepas beberapa hari tutup,memang ada kesan dari segi jualan. Hanya 6 ekor berjaya dijual. " biasalakan....orang tak tahu,lagipun notis cakap jumaat dah buka, tapi ada hal la pulak"...

Hari ni ( Ahad ) jualan dah naik 2 ekor, Alahamdulillah....insyaalah esok lusa ok balik la tu.

Semoga jualan akan bertambah baik , baik , baik dan terus baik.

oklah, Setakat ni ja dulu... untuk hari ni, nantikan perkongsian kita di hari esok...calos...

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment