Saturday, November 6, 2010

Hari Keenam : Pesaing baru pula muncul.

Hari ini jualan kurang dari semalam, namun ianya masih memuaskan. Banyak faktor yang menyebabkan jualan hari ini agak kurang. Antarnya :

1. Hari cuti : Kebiasaanya pelanggan kami adalah dari pekerja pewkerja office dan pembantu kedai sekitar rawang. Namun pada hari ini, banyak office yang tutup.

2. Hujan : Hujan turun dengan lebatnya, ini membuatkan jualan agak menurun, mungkin kerana ramai pelanggan lebih selesa untuk di rumah.

3. Pelanggan berulang : Ramai pelanggan kami adalah sekitar sini sahaja, mungkin disebabkan sebelum ini mereka makan nasi ayam setiap hari dan membuatkan mereka menjadi jemu. " dua hari sekali kita ok la.. kan?"

4. faktor faktor lain mungkin disebabkan oleh, pelanggan mydin atau pasaraya sekitar yang tidak tahu ujudnya kedai Hajiman Chiken Rice Shop.

Insyaalah, esok dan hari hari seterusnya jualan HCRS akan naik semula.

Esok pesaing kami akan bukak restorannya, " ayam penyek ibu nor " jadi aku nasihatkan abang aku supa, kurangkan bilangan ayam. mana tau kan, ada kesan dari segi jualan kerana ramai yang akan cuba masakan dari restoran baru, "standard la tu kan?".

Ada satu lagi kedai makan akan dibuka sebaris" tiga atau empat kedai" dengan HCRS. Aku tak pasti dia jual apa, tapi yang pasti, perniagaannya berlandaskan makanan, sebab ada cawan air dan tempat letak ayam goreng,

Entah la... benda ni sebenarnya sedikit sebanyak mengurangkan semangat aku untuk terus meniaga.... " Ya Allah kuatkan lah Iman dan Tekat serta semangat aku, untuk terus berjuang, sesungguhnya aku lemah Ya Allah...Ya Rabull Ayalamin"

"Apa apa pun, kita tengok besok ya".

Aku akan typekan laporan penoh, malam besok,

Jumpa lagie...

Kepada yang berhampiran pekan Rawang, Jemput makan di HCRS.


Chaww!!!

No comments:

Post a Comment