Wow! itulah perkataan yang keluar dari beak fikiran aku petang tadi. Dalam pukul 3 macam tu la, mana taknya, customer bertali arus order. dalam masa tak kurang setengah jam, habis empat ekor ayam, alhamdulillah pukul 4.30 semua habis dijual. Jualan hari ni memang mantop! la...
"Tu la berniaga kan?" kadang kadang untung, kadang kadang rugi, sat dok atas bila bila ja boleh dok bawah, jadi kesimpulannya, jangan seronok sangat bila naik dan jangan dok kelang kabit kalau jatuh, biasa la tu...Dua dua kita kena kata, Alhamdulillah....kita merangcang, Allah juga merangcang, dan sebaik baik perangcangan adalah dari Allah, jadi kita kena la berlapang dada dan redha. Insyaallah. Ada la tu...
Hari ni aku tak berniat nak tulis panjang. bukan tak ada idea atau berita, tapi sebab dah mengantuk sangat dah ni, baru balik hantar maksu ngan wahezah. depa balik kg. so esok aku la kena jaga kedai. aduyai....masakkkkk!
Esok aku akan try jaga kedai sorang sorang, nak tengok adakah kecekapan aku masih macam dulu.hehhe. dulu aku biasa jaga restoran sorang sahaja. kutipan sepanjang aku jaga dapat lebih kurang seribu ringgit. Gilo bab siooot!. Penat nak mampus! bebakul aku sumpah bos aku, tapi kini aku mengerti...dan aku makin percaya yang ada hikmah disebalik setiap kejadian. Amin
So, ok lah, kita jumpa malam esok k.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment